Followers

Sunday, April 11, 2010

Sembang CEO

Cerita ini saya dapat daripada seorang rakan berbangsa Cina dari Ipoh iaitu En. Lit. Di sini saya ingin berkongsi cerita tentang Tiga Orang CEO yang berborak selepas suatau persidangan di Kuala Lumpur.

CEO A : Saya amat gembira mempunyai pekerja yang sanggup bekerja sehingga jam 8.00
malam setiap hari.

CEO B : Saya pun begitu. Pekerja saya bukan sahaja hingga jam 8.00 kadang-kadang ada yang
sanggup pulang jam 10.00 malam. (Dengan penuh bangga)

CEO A : Awak pulak macam mana? Daripada tadi diam je? (Sambil mencebek kepada CEO C)

CEO C : Pekerja aku mungkin lain daripada pekerja kamu berdua. Hari-hari aku dan pekerja
aku balik ikut waktu pejabat kerana kerja kami telah dapat kami selesaikan
sepenuhnya.

CEO A & CEO B : @%^#@!*^% (Dalam hati)

Penulis : Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment