Followers

Monday, January 24, 2011

LAJUNYER ........

Ini merupakan seekor burung yang terbang paling pantas di dunia .Dengan menggunakan kuasa jet ia dapat terbang melintasi antara benua dengan kelajuan menghampiri kelajuan bunyi.
Ada ker .... memang boleh sekiranya burung ini dimasukkan ke dalam ruang kargo mana-mana kapal terbang di dunia ini.....

Emmmm yer ker ......

Friday, January 21, 2011

KLINIK UPSR 2011 AKAN BERMULA ........


Masalah Mengisi Tabung PIBG ?????? Wajib Baca !!!!!



TINTA AKADEMIK ENTERPRISE
(IP - 0220698)


Kepada semua ahli PIBG Sekolah-Sekolah Kebangsaan .......... (tak kira sekolah mana pun..)

Anda boleh membantu mengisi tabung PIBG sekolah anda dengan menganjurkan KLINIK UPSR - Fasa 1 dan 2, 2011.

Anda tidak perlu lagi mengutip derma bagi tujuan tersebut tetapi hanya dengan menganjurkan KLINIK UPSR bersama-sama kami.

Dengan hanya mengumpulkan 200 peserta (daripada satu sekolah atau gabungan sekolah atau satu daerah), tabung PIBG sekolah boleh diisi antara RM5,000.00 hingga RM10,000.00.

Anda berminat : Sila Klik Sini ... post aktiviti Klik Sini ...

Tuesday, January 18, 2011

JASAMU DIKENANG ...... SKB3

Pada hari ini, 18 Januari 2011 merupakan hari yang bersejarah buat saya. Inilah kali pertama suatu majlis dibuat khas untuk saya kerana saya telah berpindah dan bertugas di sekolah lain. Setelah 20 tahun mengajar di SKB3 akhirnya permohonan bertukar ke kampung sendiri diluluskan dan termakbullah hajat saya.

Lebih separuh daripada usia saya berada dan berkhidmat di SKB3. Setelah berada sekian lama di sini, sudah pasti berat hati untuk berpindah lebih-lebih lagi rakan-rakan setugassaya anggap seperti adik-beradik dalam sebuah keluarga yang besar.

Kepada rakan-rakan SKB3, sebenarnya bukan mudah untuk saya menghadapi saat-saat seperti ini. Saya sentiasa bermohon kepada Allah agar memberi saya kekuatan untuk hadir pada majlis yang diadakan lebih-lebih lagi dapat berucap di hadapan rakan-rakan sekalian. Terlalu banyak kenangan manis yang tidak mungkin saya lupakan.

Keakraban dan semangat kerjasama yang jitu selama bertugas di SKB3 menjadikan masa berlalu begitu pantas. Sedar-sedar sudah 20 tahun 5 bulan 24 hari saya berada di sini. Bayangkan pada masa mula-mula sampai di Besout : tiada jalan bertar , tiada bekalan elektrik malah air untuk kegunaan harian dibekalkan oleh lori tangki yang mengisi air ke dalam tong drum yang diletakkan di tepi jalan. Namun semua itu tidak mematahkan semangat untuk terus berkhidmat di sini.

Pembangunan di sini berlaku di depan mata seiring dengan kejayaan murid-murid yang dulu pernah menjadi murid saya.Kepada Cikgu Rafizan, Cikgu Harda, Ustazah Norhashimah, Cikgu Azmin, Cikgu Zahrani, Cikgu Azlin, Cikgu Siti Salbiah , Ustaz Badrul Nizam, Cikgu Mazrehan, Cikgu Norizan, Cikgu Sarimah, Cikgu Norazlina, Cikgu Melor Salijar, Cikgi Ridzuan dan seorang lagi Ustazah (maaf lupa nama) sesungguhnya Cikgu amat berbangga dan bersyukur kerana kalian adalah antara murid-murid Cikgu yang berjaya.

Juga kepada rakan-rakan seangkatan (20 tahun++) yang masih menabur bakti di SKB3 seperti Cikgu Abas, Tn. Hj. Roslan, Ustaz Badrul, Cikgu Jamri dan Cikgu Shaberi, teruskan perjuangan anda. Kepada yang lain juga: Pn. Rafizan, Pn. Mazlina, Pn. Munirah, Pn. Zuraida,Pn. Wan, Cik Harda, Cik Suria, Pn. Norhashimah, Cik Erma, Ustaz Dusuki, En. Zainuddin, En. Affendi, En. Hasrul, Pn. Suzanawati, Cik Norsiah dan En. Zulkapili ..... budi baik kalian hanya Allah yang layak membalasnya.

Kepada para pentadbir SKB3 : En. Sulaiman Nordin (GB), En. Abas Saman (PK1), En. Mas'uddi (PK Koko) ... terima kasih atas kepercayaan dan tunjuk ajar yang diberikan.

Kepada Tn. Hj. Mat Tajuddin Jailani (bekas PK HEM) dan Pn. Suhaili yang turut berpindah, saya ucapkan selamat bertugas di tempat yang baharu.

Rakan-rakan di pejabat : En. Rosli dan En. Arifbillah... ucapan ribuan terima kasih ....

Tidak lupa kepada guru-guru yang baru menjadi ahli keluarga SKB3 iaitu Cikgu Shikin, Cikgu Nik dan Cikgu Shahir .... saya pasti kehadiran kalian amat dialu-alukan.

Akhir kata buat rakan-rakan .... ampun dan maaf dipohon seandai terdapat salah dan silap, tingkah laku yang kurang menyenangkan dan tutur kata yang mungkin menyinggung perasaan.
Juga minta dihalalkan jika ada yang termakan dan terminum. Saya doakan semoga kita sentiasa beroleh keberkatan di dunia dan akhirat. Amin ....

Sekian ......





























Monday, January 17, 2011

BUKAN SENANG TAU ....

Sesetengah kita beranggapan bahawa mengambil atau "snap" gambar adalah semudah A,B,C. Namun hakikatnya ia tidaklah semudah apa yang disangkakan jika kita mahukan hasil yang luar biasa.

Justeru, mengambil gambar jurugambar yang sedang beraksi juga bukanlah mudah. Lihatlah aksi-aksi mereka apabila jurugambar pula yang dijadikan "subjek" yang membawa seribu penceritaan ......





WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS .......

Pagi ini merupakan perhimpunan mingguan ke-3 pada tahun ini. Salah satu agenda perhimpunan pada kali ini ialah penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber.

Pihak sekolah telah menjemput Pegawai Perhubungan Sekolah untuk menyempurnakan majlis berkenaan. Dua orang anggota telah dihantar daripada Polis Kontigen Tanjung Malim.

Dalam ucapan wakil pentadbir, En. Abdul Halim selaku PK HEM mengingatkan kepada para pengawas yang dilantik agar sentiasa menunjukkan sikap yang baik dan menjadi "roll model" kepada murid lain serta membantu guru-guru memastikan suasana di sekolah selamat dan selesa sebagai tempat memperoleh ilmu.

Tahniah dan syabas kepada semua pengawas yang baru dilantik.