Followers

Thursday, April 29, 2010

KEMALANGAN MAUT - JALAN BESOUT

Sewaktu dalam perjalanan balik dari tempat bertugas, kira-kira jam 1.30 tengah hari (29 April 2010)saya terkejut kerana di hadapan kelihatan pihak polis membuat sekatan jalan. Cepat-cepat saya menarik tali pinggang keledar. Dalam hati berkata, tak pernah polis buat sekatan kat sini. Setelah hampir barulah saya sedar bahawa suatu kemalangan telah berlaku.
Kemalangan ini berlaku tidak jauh selepas pondok pengawal (Felsco) berhampiran titi batu Kg. Felcra Cahangkat Sulaiman. (Simpang ke bekas tapak memproses kayu getah).
Saya memberhentikan kereta dan mengambil beberapa 'shot' gambar.
Daripada cerita saksi yang sampai awal, kereta Waja yang dipandu oleh seorang pegawai PTS Felda Besout 2 telah melanggar seorang lelaki Cina yang keluar dari simpang ladang sawit. Dimaklumkan bahawa lelaki Cina itu ingin pulang setelah selesai meracun ladang sawitnya yang terletak berhampiran tempat kejadian. Oleh sebab tidak memakai topi keledar, lelaki Cina itu mengalami kecederaan teruk di kepala dan meninggal di tempat kejadian.
Jika lelaki Cina itulah yang dimaksudkan, saya kerap kali berjumpa sewaktu pergi dan balik bertugas. Biasanya dia akan bersama-sama isterinya ke ladang dan meninggalkan motosikal mereka di tepi titi batu.
Bak kata orang "malang tidak berbau". Berhati-hatilah sentiasa ketika di jalan raya........
















No comments:

Post a Comment