Followers

Monday, December 24, 2012

"ANAK DERHAKA" DATANG LAGI ......




Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Felda Jengka 23 yang bersatu hati menghalang penyebaran fitnah oleh "ANAK DERHAKA".

Warga Felda akan lebih tenang dan tenteram dengan tidak kehadiran Konvoi "ANAK DERHAKA" ini.

Kononnya merekalah "Penyelamat Felda" tetapi hakikatnya merekalah yang memporakperandakan Felda. Apakah yang mereka boleh lakukan melainkan ada agenda politik jahat yang tersembunyi.

"Jangan biarkan "ANAK DERHAKA" masuk ke kawasan Felda yang hanya bertujuan mencaci Felda dan kerajaan yang bertanggungjawab menubuhkan Felda. Ibarat menjemput pemfitnah masuk ke rumah kita dan membiarkan pemfitnah ini mencaci kita."

Wajarkah ........... SAY NO TO "ANAK DERHAKA" @ TANGGANG

Lihat SINI dan SINI ...

Sunday, December 23, 2012

FELDA vs 3 NG .....


Aku masih ingat, pada bulan November 1975 aku bersama-sama keluargaku pertama kali menjejakkan kaki ke Felda Trolak Selatan. Pada ketika itu aku hanya berumur 10 tahun. Seronok sangat apabila di sepanjang jalan masuk ke Felda kami melalui jalan yang berbukit-bukit serta pemandangan anak-anak pokok sawit saujana mata memandang. Berbeza sekali dengan kawasan bendang di Bagan Serai tempat aku dilahirkan dan dibesarkan sebelum ini.

Kami sampai di perkarangan Pejabat Felda Trolak Selatan kira-kira jam 1.30 tengah hari. Selepas menunggu hampir setengah jam, abah mendapatkan kami sambil tersenyum dan berkata, "Dah. Dah dapat dah. Nombor 380. Jom kita ikut pegawai tu tunjukkan rumah."

Sampai saja di lokasi yang ditunjukkan, kami sekeluarga terus sahaja turun daripada van meredah lalang tebal yang tumbuh di sekeliling rumah.

"Wah, bestnyer. Inilah rumah kita. Jom kita sapu lantai. Lepas ni bolehlah bawa masuk barang-barang."

Di sebelah rumah kelihatan juga kesibukan sebuah keluarga mengemas rumah kerana mereka juga baru sampai seperti kami. Masing-masing ceria kegembiraan.

Abah terus sahaja mengeluarkan sebilah parang lalu menebas lalang untuk laluan kami masuk. Rumah kayu dengan dua bilik tidur, dinding kayu "berkambi" serta berberanda merupakan kediaman yang begitu indah buat kami. Tidak ada sesiapa pun yang kedengaran merungut tentang apa-apa kekurangan pada masa itu. Semua diterima dengan rasa syukur dan hati yang terbuka walhal keliling rumah semak, ruang rumah sempit, jalan ibarat lorong balak, tiada elektrik, paip air berkongsi dengan 5 rumah yang berdekatan dan mungkin banyak lagi jika hendak disenaraikan kekurangan yang terpaksa dihadapi.

Abah kata esok kena bangun awal sebab ada "rokal" (rollcall). Pagi-pagi lagi dah kena berkumpul di perkarangan pejabat Felda. Berbekalkan parang panjang, masing-masing berbasikal menuju kawasan ladang yang akan diusahakan. Waktu pergi, banyak bukit yang perlu "dicanggah". Jika tidak mampu berkayuh dek kerana jalan berbukit maka basikal terpaksa dituntun. Keadaan waktu balik lebih baik kerana kebanyakannya menuruni bukit. Tak perlu banyak berkayuh tetapi pastikan brek basikal baik.

Susah. Payah. Jerih. Perit. Tetapi abah tak pernah mengeluh sebaliknya sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Kenapa dan mengapa????????

Kami bukanlah berasal daripada keluarga yang senang atau berada. Abah dan mak sebelum ini hanya mengusahakan bendang yang disewa. Setiap hari abah dan mak berbasikal dari Bagan Serai ke Bukit Merah yang jauhnya kira-kira 12 kilometer jika mengikut jalan taliair. Pergi selepas sembahyang subuh dan sampai semula di rumah lepas asar dan kadang-kadang hampir maghrib.

Tapi aku masih "Bengang" .....

Yang aku "Bengang" ada orang yang dah kaya senang-senang dapat lebih 10,000 ekar tanah di Gua Musang. Dengarnya tanah anugerah pulak tu. Sedangkan kami yang susah pun Felda bagi 10 ekar jer. (Alhamdulillah). Kalau dibahagikan, tidak kurang 1,000 orang peneroka dapat ditempatkan di kawasan tu. Ni cuma 2 orang ...... Alahai ..... simpati tak bertempat .... Kesian kepada kuluarga @ kulaan aku yang masih tak bertanah dan berumah di Bagan Serai .....

Dengar cerita, 3 Ng ni la yang punya angkara .......




Hati-hati Tok Guru ... Depa berdua ni bukan boleh percaya ....... Anti Islam .... Anti Melayu .....
Tok Guru tahu ker kisah 3Ng ni ...... 


Nampaknyer Felda lebih adil mengagihkan tanah kepada ribuan rakyat yang susah berbanding ribuan ekar tanah diberikan hanya kepada 2 orang rakyat kaya hanya demi survival politik yang amat merugikan orang Melayu......

Fikir-fikirkan ..... Wallahuaklam.

Terkini : Baca DISINI

Tuesday, December 18, 2012

AMANAT HADI AWANG ...... APABILA MELUDAH KE LANGIT

Amanat Hadi Awang yang mengkafirkan sesama Islam pada ceramah beliau di Bonggol Paradong, Manir tanggal 7 April 1981 telah menyebabkan bermulanya perpecahan Umat Melayu Islam di negara ini.

PAS pada ketika itu belum lagi bercita-cita besar untuk memerintah negara tapi hanya sekadar berharap menang beberapa kerusi DUN dan PARLIMEN yang majoritinya pengundinya adalah orang-orang Melayu. Justeru bagi menarik perhatian pengundi Melayu, AMANAT HADI AWANG telah digunapakai dengan mengkafirkan orang UMNO.

........... maka timbullah pula beberapa fatwa yang berkaitan seperti :


1) Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan UMNO- Barisan Nasional)

2) Haram dimakan daging binatang sembelihan orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah sembelihannya.

3) Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

4) Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan UMNO- Barisan Nasional).

5) Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari Barisan (UMNO- Barisan Nasional). 

6) Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.

7) Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat orang Pas.

8) Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh tuhan amalan itu daripada mereka.


Setelah lebih tiga dekat fatwa ini dikeluarkan, cita-cita PAS bukan lagi sekadar memenangi beberapa DUN, PARLIMEN, NEGERI dalam pilihan raya tetapi ingin pula merasa bagaimana berada di PUTRAJAYA. Demi mencapai keinginan tersebut PAS baru sedar daripada mimpi bahawa negara ini adalah sebuah negara majmuk yang mempunyai komposisi penduduk hampir 50 : 50 antara Melayu Islam dengan bukan Melayu berbanding di Kelantan yang penduduknya lebih 80 peratus merupakan Melayu Islam. Lantaran cita-cita yang menggunung, kerjasama dengan DAP yang  menunjangkan  fahaman cauvanis serta anti Islam dan Melayu juga PKR yang memperjuangkan pluralisme merupakan jalan pilihan, seterusnya mengorbankan dan mengenepikan perjuangan asal. Lebih dikesali, PAS telah lupa akan AMANAT HADI AWANG yang pernah mereka dokong sebelum ini semata-mata mengejar kerakusan dunia.

Ingat : 

Walaupun PAS lupa atau segaja lupa akan AMANAT HADI AWANG yang pernah mengkafirkan UMNO, orang UMNO tidak pernah lupa akan fitnah tersebut.

Kini :

Dengan kuasa dan kehendak Allah yang Maha Mentadbir , Fitnah tersebut terbalik kepada PAS sendiri kerana sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Ibarat :

"Meludah ke langit akhirnya tertimpa ke muka sendiri."


Berikutan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan telah membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya di Negeri Kelantan.






Di bawah ialah terjemahan untuk memudahkan pembaca memahami isi kandungan surat berkenaan :



Fikir-fikirkan ........ Wallahuaklam.

Sumber : Tilik Pikir

Sunday, December 16, 2012

TAHALUF SIYASI ......... ISTILAH ARAB TIDAK SEMESTINYA ISLAMIK

Istilah Tahaluf Siyasi jika ditutur dapat menimbulkan persepsi "Islamik" memandangkan ia merupakan istilah dalam bahasa Arab namun makna mudah dalam Bahasa Melayunya "Perjanjian Demi Kepentingan Politik" tidak pula menampakkan unsur "Islamik" walaupun membawa maksud yang sama. 

Islamik atau Bukan Islamiknya istilah Tahuluf Siyasi ini sebenarnya bergantung kepada isi yang membawa impak kepada masyarakat Islam keseluruhannya.

Contoh berikut merupakan isi Tahaluf Siyasi yang perlu difikirkan .......

1. Kenyataan Lim Kit Siang yang ditulis dalam blog beliau semasa berlangsungnya Kongres DAP 2012 :


The basis of DAP reaching out, engaging and co-operating with PAS in Pakatan Rakyast is not on Islamic state or hudud, but on the principles of promoting democracypluralism, cultural diversity, human rights, women’s rights and development in Malaysia.  
Translation: Asas DAP mendekati, melibatkan diri dan bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyast bukan negara Islam atau hudud, tetapi atas prinsip menggalakkan demokrasipluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak-hak wanita dan pembangunan di Malaysia.

2.   Harapan kita sebagai orang Islam :




3.   Hakikatnya :




Fikir-fikirkan .......... Wallahuaklam.

Wednesday, December 12, 2012

Konvoi "ANAK DERHAKA" dihalang memasuki Felda Selasih ..... Syabas

Ketegasan warga Felda Selasih, Besut menghalang Kembara Oren yang diketuai Mazlan Aliman Presiden "ANAK DERHAKA" daripada memasuki kawasan petempatan mereka patut dicontohi oleh semua warga Felda agar penyebaran fitnah yang cuba ditabur dapat dibendung. Slogan "Selamatkan Felda" yang dibawa oleh kumpulan ini ibarat gula-gula yang manis dirasa dan halua telinga yang sedap didengar namun hakikatnya ia tidak lebih daripada taburan fitnah yang tidak berasas yang sengaja diada-adakan. Felda sebagai sebuah organisasi yang besar tidak dinafikan memang terdapat beberapa kepincangan dan kelemahan dalam pengurusan dan pentadbirannya, namun segala kelemahan ini tidaklah membawa bencana sehingga boleh diibaratkan seperti sebuah bahtera yang hampir "karam" yang perlu  diselamatkan.

Apa yang dilakukan oleh kumpulan "ANAK DERHAKA" ini sebenar tidak langsung dapat membantu memajukan Felda, jauh sekali dapat "menyelamatkan Felda" jika Felda benar-benar bermasalah. Sebagai contoh, apakah dengan memfitnah Felda menjual hasil minyaknya ke Israel seperti yang diuar-uarkan dalam ceramah "Selamatkan Felda" yang mereka adakan dapat memberi manfaat kepada Felda atau warga Felda. Tentu sekali tidak. Selain ia merupakan suatu fitnah, apa yang diharapkan oleh puak-puak ini adalah supaya warga Felda khasnya dan orang Melayu amnya membenci Felda dan seterusnya membenci kerajaan yang difitnah bersekongkol dengan Israel dengan menjual minyak sawit kepada mereka.

Sebelum ini, kumpulan "ANAK DERHAKA" ini juga telah dihalang daripada memasuki Felda Lasah dan mendapat tentangan penduduk di Felda Ijok dan Sg. Tengi.

Di Felda Trolak Selatan, penduduk juga telah mengadakan perhimpunan aman di perkarangan padang awam bagi meluahkan rasa tidak puas hati serta bantahan terhadap Konvoi Oren yang cuba mengadakan ceramah pada malamnya. Namun Allah maha kuasa, walaupun penduduk gagal menghalang ceramah berkenaan tetapi hujan lebat beserta ribut telah berlaku sepanjang ceramah diadakan menyebabkan hadirin begitu sedikit yang kebanyakannya merupakan orang luar.
Lihat sini ...




Di dalam video di atas, terdapat wakil "ANAK DERHAKA" yang begitu pandai menggunakan istilah "Demokrasi dan HaK Asasi" seolah-olah memasuki kawasan perumahan dan menggunakan jalan raya itu "hak" mereka sepenuhnya. Tahukah wakil "ANAK DERHAKA" jika majoriti penduduk tidak suka "Konvoi Kembara Oren dan ANAK DERHAKA" memasuki kawasan petempatan mereka, seharusnya kumpulan ini patuh akan suara ramai. Jangan menganggap "Demokrasi dan Hak ASASI" itu kepunyaan mereka sahaja dan dalam masa yang sama menafikan hak orang lain. Akhir sekali ..... wajarkah kita membenarkan orang asing masuk ke rumah kita untuk memfitnah dan mencaci kita di dalam rumah sendiri ....... Jangan anggap orang tak tahu undang-undang sedangkan tingkah-laku sendiri menampakkan orang yang tak bertamadun ....

Fikir-fikirkan ........

Sunday, December 2, 2012

Planet X @ Planet Nibiru : Kemusnahan Bumi 2012 .....


Apakah sebenarnya Planet X atau Planet Nibiru :


Perlanggaran Nibiru atau tabrakan Nibiru merupakan pertemuan Bumi dengan objek planet besar (sama ada perlanggaran ataupun hampir-hampir berlanggar) yang dipercayai sesetengah pihak akan terjadi pada awal abad ke-21. Penganut peristiwa ini menyebut objek yang mendekati Bumi itu sebagai Planet X atau Nibiru.
Idea ini pertama kali diusulkan oleh Nancy Lieder tahun 1995. Lieder menyatakan dapat menerima pesanan dari makhluk ruang angkasadari sistem Zeta Reticuli. Ia memperingati manusia bahawa benda tersebut akan melewati Sistem Suria pada Mei 2003 (kemudiannya diubah menjadi 2010), menyebabkan pergeseran kutub bumi yang akan menghancurkan peradaban umat manusia. Ramalan perlanggaran ini menyebar di luar laman sesawang Lieder ZetaTalk, dan dipercaya oleh kumpulan-kumpulan yang menghubungkan perlanggaran Nibiru dengan ramalan kiamat 2012. Walaupun nama "Nibiru" berasal dari karya Zecharia Sitchin mengenai astronaut kuno, Sitchin sendiri membantah hubungan antara karyanya dengan bencana yang akan datang.
Usul bahawa objek sebesar planet akan melanggar Bumi pada masa depan tidak didukung oleh bukti ilmiah dan dianggap sebagai pseudosains. Namun, ketakutan akan perlanggaran Nibiru menyebabkan kerisauan pada penduduk awam.



Penafian Kerajaan :


Tiada bukti sahih Planet Nibiru akan langgar bumi pada 2012
Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa sebuah planet yang dikenali Planet X atau Planet Nibiru akan berlanggar dengan bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, hasil pencerapan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) mendapati tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru.

Pandangan Islam :

Penjelasan Dan Kepastian Planet x (nibiru) 2012 Dalam Islam Dan Hadis Palsu


Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

INI JAWAPAN DARI JAKIM
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; "Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Wallahu a'lam...semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...
Wassalam...

Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)


Tanda-Tanda Hampirnya Kiamat :
Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda besar

§  Hijaunya bumi Arafah.
§  Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
§  Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
§  Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
§  Munculnya nabi-nabi palsu yang ke 40.
§  Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
§  Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
§  3 kali gempa bumi.
§  Bermulalah kekuasaan Dajjal.
§  Munculnya Imam Mahdi.
§  Turunnya Nabi Isa a.s.dan membunuh Dajjal.
§  Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
§  Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
§  Matahari terbit dari ufuk barat.
§  Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua

Wllahuaklam .....

Wednesday, November 21, 2012

LAGI .... FELDA LAHIRKAN GENERASI DIHORMATI DAN DISEGANI

Tidak dapat dinafikan bahawa Felda yang ditubuhkan pada 6 Julai 1956 bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk luar bandar khasnya orang-orang Melayu telah berjaya mencapai matlamat penubuhannya. Perjalanan Felda yang terus bergerak ke hadapan mengharungi pelbagai halangan dan rintangan serta tohmahan dan fitnah sederap melangkah bersama-sama dengan para peneroka yang setia bersama Felda kini sekali lagi bersama-sama meniti sinar kejayaan yang menjanjikan kesejahteraan untuk hari-hari yang mendatang. Kejayaan generasi ke-2 dalam pelbagai bidang merupakan refleksi kejayaan Felda mengubah taraf hidup keluarga peneroka yang pada asalnya berada dalam tahap kemiskinan yang sudah pastinya menjadi punca utama penghalang kepada kejayaan generasi seterusnya.

Justeru, apakah segala usaha murni yang telah dimainkan oleh Felda masih dipandang remeh serta sikap "tidak tahu berterima kasih" yang masih ada dalam kalangan masyarakat Felda sendiri dengan melemparkan pelbagai tuduhan, tohmahan dan fitnah bagi menimbulkan persepsi negatif kepada agensi yang telah banyak berbudi kepada orang Melayu khasnya.

Salah seorang daripada ribuan generasi Felda yang berjaya merupakan ahli Blok saya sendiri iaitu Blok 5 Peringkat 1 di Felda Trolak Selatan. Saya yakin, atas kehendak Allah yang mendorongkan dan melorongkan keluarga beliau berada bersama-sama Felda, serta berkat usaha yang telah dilakukan maka akhirnya beliau berada pada kedudukan seperti mana yang beliau kecapai sekarang ini. Sesungguhnya Allah jualah yang memilih sesiapa yang akan berjaya bersama-sama Felda dan Allah jualah yang menghendaki adanya golongan pemfitnah dan pengadu domba serta penghasut agar masyarakat Felda tidak perlu berterima kasih kepada Felda dengan mengatakan bahawa Felda ZALIM dan mereka telah dizalimi tetapi ternyata merekalah yang telah menzalimi diri mereka sendiri.

Wallahuaklam.


Petikan : UTUSAN MALAYSIA : RABU 21 NOV. 2012, MUKA 21


Tuesday, November 20, 2012

BOIKOT BARANGAN ISRAEL ..... SUMBANGAN KECIL KITA

Berikut ialah senarai barangan dan produk yang dikait secara langsung dengan sumber pendapatan bangsa Israel Laknatullah yang digunakan untuk membunuh, menghapus seterusnya melenyapkan umat dan Negara Palestine. Sebagai seorang Islam, amat wajar kita mengetahui produk berkenaan kerana salah satu sumbangan kecil yang dapat kita lakukan untuk membantu rakyat Palestine  adalah dengan MEMBOIKOT barangan dan produk berkenaan walaupun hanya sebahagian kecil daripadanya.



Ikuti fakta-fakta kekejaman Israel di Bumi Palestin:

  • Langsung tidak masuk akal, tetapi itulah realitinya pada hari ini apabila umat Islam yang setiap kali hendak beribadat dan solat lima waktu di Masjid Al-Aqsa, rejim Israel akan mengenakan cukai sembahyang AS$7 (kira-kira RM21) sekepala. Jika tidak, mereka dengan gembira akan menghalau umat Islam daripada memasuki masjid tersebut.
  • Apabila sekatan demi sekatan mereka kenakan, akhirnya Masjid Al-Aqsa tidak lagi dikunjungi oleh umat Islam kerana tentunya mereka tidak mampu untuk membayar cukai yang tidak masuk akal itu. Akhirnya apabila tiada lagi umat Islam ke masjid itu, ia akan dijadikan alasan oleh rejim Israel untuk mengambil alih dan seterusnya merobohkan masjid tersebut untuk dibina Kuil Haikal (Solomon Temple) yang kononnya terletak di tapak Masjid Al-Aqsa tersebut.
  • Selama 64 tahun terbentuknya negara haram Israel dan 45 tahun Baitulmaqdis dijajah oleh rejim angkuh itu, pelbagai bentuk tindakan kurang ajar dan biadap dilakukan ke atas tempat-tempat suci dan rumah-rumah ibadat terutamanya milik Islam dan Kristian.
  • Perlu disedari, ketika berlakunya Perang 1948 itu, Israel mengusir keluar lebih daripada 800,000 penduduk Palestin dengan 100,000 daripada mereka adalah beragama Kristian.
  • Rejim itu turut memusnahkan 492 perkampungan asal Palestin, 480 masjid dengan 14 buah masjid ditukar menjadi kilang, kelab-kelab hiburan dan kandang ternakan haiwan.
  • Manakala 410 tanah perkuburan Islam lama dan baru dibongkar dan diratakan yang kemudian menyaksikan mereka mendirikan pelbagai premis di atas tapak kubur tersebut.
  • Hotel Hilton di ibu negara Israel, Tel Aviv misalnya, didirikan di atas tanah perkuburan Islam Abed An Nabi. 
  • Tanah perkuburan Mamilla dipercayai wakaf perkuburan milik orang Islam Palestin yang terletak di tengah-tengah bandar Baitulmaqdis telah bertukar menjadi hotel mewah. Reka bentuk Hotel Mamilla disifatkan sebagai yang terhebat bertaraf dunia .
  • Bayangkan apa dosa sebuah tanah perkuburan yang berusia ratusan tahun penduduk Palestin dirobohkan dan dilenyapkan. Lalu tergamak didirikan segala macam premis bangunan. Sedangkan, mereka boleh dirikan di atas tanah lain tanpa perlu membongkar kubur-kubur lama tersebut. Alasannya, kubur-kubur tersebut tidak ada permit dan tiada siapa boleh mempersoalkan kewajaran tindakan rakus mereka itu.
  • Hak mereka sebagai penduduk pribumi dinafikan tanpa ada sebarang kompromi, jauh sekali belas ihsan. Sekali gus menjadikan Baitulmaqdis, bandar yang penuh dengan tekanan.
  • Rakyat Palestin tidak seperti orang luar yang bebas bergerak ke mana sahaja. Mereka perlu melalui check point yang terlalu banyak. Ada kawasan-kawasan tertentu yang tidak dibenarkan untuk mereka masuki ataupun melaluinya. Jadi rakyat Palestin terpaksa berpatah balik dan melalui jalan lain.
  • Bukan itu sahaja, bagi mereka yang bekerja di Baitulmaqdis, permit kerja yang dikeluarkan sangat susah sehingga setiap maklumat perlu diperincikan termasuklah tempoh masa bekerja. Jika tertera masa bekerja bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang, mereka akan dihujani dengan pelbagai soalan oleh pegawai di check point sekiranya tiba melepasi waktu itu.
  • Boleh dikatakan hampir setiap 10 meter perlu melalui pemeriksaan askar Israel dan lelaki yang berusia 10 sehingga 40 tahun, langsung tidak dibenarkan masuk ke masjid itu.
  • Pembinaan tembok-tembok pemisah yang didirikan Israel juga jelas menunjukkan berlakunya rampasan tanah rakyat Palestin. Mereka bina tembok itu sehingga masuk ke dalam kawasan milik rakyat Palestin. Selain memisahkan penempatan rakyat Palestin ia juga memaksa mereka berpusing jauh untuk ke sekolah dan hospital.
  • Kesemua tindakan biadap Israel itu merupakan untuk menyahudikan seluruh Baitulmaqdis dengan memadamkan ciri-ciri asal kota suci yang merupakan pusat agama, budaya dan kesenian tiga agama sejak dahulu lagi.
  • Usaha tersebut bertambah rancak dengan membawa masuk seramai mungkin pendatang-pendatang haram Yahudi dari seluruh dunia untuk ditempatkan di sekitar Baitulmaqdis.
  • Penempatan itu kini telah meliputi kawasan seluas 112.13 kilometer persegi atau 47.7 peratus dari kawasan Kota Al Quds yang dikelilingi oleh Tembok Pemisah yang kini telah menempatkan 236,480 pendatang Yahudi.
  • Ia melebihi penduduk asal Palestin yang kini tinggal seramai 151,423 yang terkepung di dalam kawasan tembok tersebut.

MAHMUD Samouni, seorang remaja Palestin berusia 15 tahun mempunyai episod sedih yang cukup menyayat hati apabila menyaksikan sendiri kekejaman rejim Zionis membunuh adik, sepupu dan bapa kandungnya di Palestin. Beliau semalam mewakili kanak-kanak Gaza meluahkan rasa kecewa dengan memegang sepanduk mempersoalkan mengapa kekejaman Israel berlaku lagi, di hadapan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121121/dn_08/Remaja-Palestin-tampil-tentang-kekejaman-rejim-di-pejabat-Kedutaan-Amerika-Syarikat#ixzz2CoJJpfi6 
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Friday, November 2, 2012

PENDUDUK HALANG "ANAK" DERHAKA ...........















Pada tanggal 3 November 2012, bermula pukul 9.00 pagi, sekumpulan penduduk Felda Trolak Selatan telah berhimpun di Padang Awam untuk sama-sama hadir bagi melahirkan perasaan tidak senang dengan tindak-tanduk "ANAK" yang diterajui oleh Mazlan Aliman yang sering mengecam peneroka dan Felda yang tidak mempunyai pemikiran yang sealiran dengan beliau. Tindakan Mazlan Aliman dianggap sebagai "ANAK DERHAKA" kerana sering memfitnah pemimpin serta pihak FELDA dengan pelbagai tohmahan dan provokasi bagi menimbulkan persepsi negatif rakyak terhadap FELDA dan kerajaan memerintah.

Justeru perhimpunan pada pagi ini adalah mewakili suara ramai penduduk Felda Trolak Selatan yang tidak mahu "Anasir" luar ini mengganggu gugat kesejahteraan dan perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan masyarakat setempat khasnya. Penduduk yang hadir juga berikrar akan sedia dan setia bersama-sama FELDA dan kerajaan memerintah demi kelangsungan kemakmuran yang telah sedia dikecapi demi generasi PELAPIS yang akan meneruskan legasi generasi terdahulu.

Antara pembohongan "ANAK DERHAKA" yang nyata ialah dengan menyata bahawa FELDA TELAH BANKRAP , DS NAJIB BERBOHONG UNTUK MEMBERIKAN BR1M , FELDA MENIPU PENEROKA DALAM PEMBERIAN SAHAM FGV.

Sesungguhnya majoriti penduduk berpendapat bahawa "ANAK DERHAKA" yang dibesarkan hasil penubuhan FELDA ini tidak wajar dibenarkan menjejakkan kaki ke Felda Trolak Selatan ini kerana hanya akan memecah belahkan masyarakat dengan taburan fitnah, buruk sangka dan pembawaan akhlak yang tidak tahu "mengenang budi". Ibarat kata pepatah Melayu : "Jika kita tidak boleh menjadi garam yang mengawetkan ikan, jangan pula menjadi langau yang merosakkan".

Sekian.




Sunday, September 16, 2012

Saintis Mengakui : Nabi Musa Membelah Laut Merah



Para saintis telah mengkaji tentang kisah Nabi Musa membelah Laut Merah ketika dikejar dengan Firaun. Hasil kajian mereka membuktikan bahawa memang benar peristiwa itu berlaku mengikut hukum fizik.

Melayukini.net – Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut | Seperti yang kita maklum, di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah. Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya.  Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa. Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba nabi akhir zaman, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain.
Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?

Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’

Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ 

Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. 

At-Tirmizi berkata:
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)

Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.
Lakaran artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.
Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8m.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi

Sumber : Melayukini.net



Monday, July 30, 2012

PEMBUKAAN OLIMPIK 2012 ... YANG TERSIRAT


POKOK GHARQAD (POKOK YAHUDI)



Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu...

Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.

Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin 




Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh
oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung disebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan
 katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi
".


Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan
diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi saw....cuma keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.






PENGHINAAN KEPADA NABI MUSA A.S !!
LIHAT GAMBAR INI..INI ADALAH SEWAKTU PEMBUKAAN SUKAN OLIMPIK LONDON 2012..!

DICERITAKAN BAHAWA NABI MUSA A.S DIHANYUTKAN OLEH IBUNYA DI SUNGAI NIL KERANA BIMBANG AKAN TENTERA FIRAUN YANG AKAN MEMBUNUH MANA-MANA BAYI LELAKI YANG DILAHIRKAN PADA WAKTU ITU.

LIHAT GAMBAR INI SEORANG BAYI SEDANG TIDUR DAN DIBAWA SECARA PERLAHAN-LAHAN..

MENGGAMBARKAN BAHAWA BAYI TERSEBUT ADALAH MUSA A.S YANG SEDANG DIHANYUTKAN DIATAS SUNGAI NIL KETIKA WAKTU MALAM..

SELEPAS ITU DALAM GAMBAR INI MUNCUL PULA PATUNG SEOLAH-OLAH AHLI SIHIR YANG MEMEGANG TONGKAT..
KITA PERNAH DENGAR CERITA-CERITA MENGENAI NABI DAN RASUL KITA TERMASUKLAH NABI MUSA A.S..

NABI MUSA A.S MEMPUNYAI TONGKAT YANG MEMPUNYAI KUASA DAN ITU ADALAH MUKJIZAT YANG DIBERIKAN ALLAH SWT KEPADANYA..

NABI MUSA A.S JUGA MENGGUNAKAN TONGKAT ITU UNTUK MEMBELAH LAUT SETELAH MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH SWT BAGI MENYELAMATKAN KAUMNYA BANI ISRAIL UNTUK MELARIKAN DIRI DARI DIKEJAR FIRAUN LAKANATULLAH.
DAN DENGAN KUASA ALLAH SWT LAUT ITU TERBELAH DUA DAN KETIKA FIRAUN MELINTASINYA LAUT ITU KEMBALI SEPERTI SEDIA KALA DAN MENENGGELAMKAN FIRAUN DAN PENGIKUTNYA.

GAMBAR INI ADALAH SATU PENGHINAAN KEPADA ISLAM UMUMNYA..

MEREKA MENGGAMBARKAN NABI MUSA A.S SEBAGAI AHLI SIHIR TERSEBUT..

DIKATAKAN KETINGGIAN NABI MUSA ADALAH 40 HASTA.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8CM = 18.2 M

BUKANKAN KETINGGIAN AHLI SIHIR ITU LEBIH KURANG 18 METER????

WALLAHUALAM..SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENGAGUMI ACARA PEMBUKAAN ITU KERANA PERCAYALAH BANYAK LAGI BUKTI-BUKTI UPACARA PENYEMBAHAN SYAITAN DAN PENGHINAAN KEPADA ISLAM BERLAKU PADA ACARA ITU.

CUMA KITA SEDAR ATAUPUN TIDAK SAHAJA.

INSYAALLAH LEPAS INI KAJIAN AKAN DIBUAT LAGI DAN AKAN DIBONGKARKAN.SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG LAIN AGAR KITA TAHU BAHAWA MEREKA INGIN MEMANIPULASI DAN MENIPU KITA.

WALLAHUALAM.ALLAH MAHA BESAR.!