Followers

Friday, April 16, 2010

HOBI - DARI DULU SAMPAI SEKARANG

Mai la tengok.
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan seseorang yang mempunyai minat dan hobi memelihara haiwan. Beliau ialah Syed Halim b. Syed Ahmad yang tinggal di 377, Jalan Tauhid, Felda Trolak Selatan. Saya mengenali beliau sejak mula sampai di FTS ini. Sejak dulu lagi, beliau sangat berminat dengan lanskap dan pemeliharaan haiwan. Dari itu tidak hairanlah jika dari awal lagi rumah beliau dijadikan tempat lawatan para pemimpin dari luar dan dalam negeri yang ingin mengetahui kehidupan seorang peneroka. Antara pemimpin luar negara yang pernah melawat rumah beliau adalah seperti dari Jepun, Vietnam dan New Zealand manakala banyak agensi seperti pertanian, belia dan pertubuhan wanita daripada pelbagai negara turut mengadakan lawatan.
Kini, walaupun rumah beliau tidak lagi menjadi tumpuan lawatan seperti masa dulu tetapi sentiasa dikunjungi peminat-peminat burung, ayam dan kucing dari serata tempat.

(Gambar : Tn. Syed bersama-sama kucing jenis "Link" yang jarang-jarang dapat dilihat.)
Juga terdapat kucing Parsi dan kucing Siam.

Sebahagian daripada sangkar yang menempatkan pelbagai jenis burung dan ayam.




Antara jenis ayam yang dipelihara ialah ayam piru, ayam Belanda, ayam katik dan tentunya ayam kampung. Selain itu terdapat juga angsa dan itik air.



Di dalam kolam ini terdapat ikan kap, koi, patin (3 kg), pacu (1.5 kg), tilapia putih(1 kg),
kaloi (2 kg) dan banyak lagi.





No comments:

Post a Comment