Followers

Tuesday, May 31, 2011

KLINIK UPSR FASA II, 2011 ......... SK. SERI BESOUT



Tahniah dan terima kasih kepada Guru-Guru dan Murid-Murid SK. Seri Besout kerana telah berjaya mengadakan Program Klinik UPSR Fasa II bersama-sama Tinta Akademik Enterprise, selama 2 hari di Dewan Orang Ramai (f) Gunung Besout Satu.

Selanjutnya : Sila Klik Di Sini

KLINIK UPSR FASA II ......... SKB3



SK. BESOUT 3 dengan kerjasama Tinta Akademik Enterprise telah menganjurkan Program Klinik UPSR Fasa II yang diadakan di Dewan SKB3. Antara murid yang hadir ialah dari SKB3, SKB5 dan SK. Trolak Selatan.

Maklumat lanjut : Sila Klik Di Sini

Sunday, May 22, 2011

Motocross ........ Pembukaan "Track"




Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Saudara Ibrahim Baharom dan Saudara Hashim serta anak-anak buahnya kerana setelah bersusah payah selama lebih setahun, akhirnya TRACK MOTOCROSS yang diidamkan selamat dibuka dengan rasminya semalam iaitu pada 21 MEI 2011.

Bermula dengan track denai pejalan kaki bagi mengutip buah-buah durian yang gugur, kini telah terbina track yang lebih baik setelah beribu ringgit dihabiskan hasil duit poket sendiri serta sumbangan ahli-ahli yang berminat.

Perasmian track motocross ini dibuka dengan bacaan doa oleh Imam Ibrahim Mahmud yang turut gembira kerana anak-anak muda tidak perlu lagi merempit dan berlumba haram di jalan raya yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna yang lain, kini mereka boleh menggunakan track ini sebagai tempat menguji kemahiran menunggang motosikal disamping menjadikan ia sebagai suatu sukan rekreasi dan riadah.

Usaha murni ini sewajarnya mendapat pengiktirafan daripada pihak felda dengan memberikan sokongan dalam bentuk penyediaan kemudahan dan dana kewangan agar ia dapat bergerak sebagai wadah untuk menyatupadukan golongan belia khususnya ke arah melakukan aktiviti yang positif sejajar dengan jiwa remaja yang aktif tetapi terkawal.

Sepanjang dua hari ini, seramai kira-kira 35 ahli sukan motorcross daripada Felda Trolak Selatan, Trolak Utara, Trolak Timur, Felda Besout dan Sg. Klah telah mengambil bahagian menguji track yang baru dibuka ini.

Adalah disarankan agar peminat-peminat motocross dari Trolak selatan menubuhkan persatuan agar segala aktiviti dapat diselaraskan dengan lebih teratur dan bermakna.

Akhir kata .. SYABAS kepada semua yang terlibat .....















Klik untuk membesarkan gambar ...

Friday, May 20, 2011

Sampai Di Lampu Isyarat ....... Pening Kepala Dibuatnyer.....



Semalam saya baru sahaja poskan semula "Surat Saman" daripada Bukit Aman pasal bawa kereta melebihi had laju. Mujurlah yang pandu kereta tu bukan saya, orang lain kalau tak melayang RM300.00 (kawasan 60km bawa 93km/j).

Teringatkan SAMAN jadi pada kali ini saya nak "postkan" gambar-gambar lampu isyarat yang memeningkan kepala para pengguna jalan raya. Silap-silap boleh kene saman ......













Tuesday, May 17, 2011

Hadiah Hari Guru 2011 .....



Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali sambutan Hari Guru diadakan maka banyaklah hadiah yang diterima daripada murid-murid. Dari sebatang pen atau pensil hinggalah ke seutas jam tangan. Walaupun seorang cikgu tidak mengharapkan hadiah daripada murid-muridnya namun bagi seorang murid semua itu adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada cikgu-cikgu mereka atau setidak-tidaknya mereka bersalam dan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu mereka.

Pada tahun ini, saya dan isteri (juga seorang guru) menerima pelbagai jenis hadiah daripada murid-murid. Saya tidak menjangkakan sebanyak itu kerana saya baru 4 bulan 16 hari berpindah ke SKTS. Antara hadiah yang diterima ialah 2 buah rak tempat meletakkan hadiah, sebuah rak gantung, 3 buah jam meja, 3 buah replika kapal layar, set cawan, bekas makanan, hiasan gantung berirama dan lain-lain lagi.

Sebagai menghargai pemberian berkenaan, saya telah menyediakan suatu sudut khas untuk hadiah-hadiah sambutan Hari Guru 2011 ini.

Kepada anak-anak muridku ... terima kasih daun keladi .....








Monday, May 16, 2011

Sambutan Hari Guru .... SKTS 2011



16 Mei setiap tahun merupakan sambutan Hari Guru. Sambutan peringkat sekolah diadakan secara sederhana tetapi meriah.

Tema sambutan pada tahun ini ialah "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"