Followers

Monday, February 28, 2011

Peminat Bola Sepak ..........



Inilah hasil lukisan dua orang peminat bola sepak , Hariz (10 Tahun) dan Hazim Irfan (5 Tahun). Hazim bila tengok abang dier lukis pemain bola sepak, dia pun nak satu. Abang dier lukis tapi dier warnakan.

Hasilnya ...... Hazim minta saya ambil gambar lukisan yang dier warnakan dan minta saya postkan dalam blog nie. Mula-mula dier tunggu gak tapi saya ada keje lain nak kene siapkan akhirnya dier tertidur.

Esok bila bangun mesti dier tanya pasal lukisan dier ni ... jadi kenelah postkan jugak walaupun jam di dinding dah menunjukkan jam 1 pagi ......

Jadi ... itulah sebahagian gelagat anak-anak ..... tanpa mereka siapalah kiter ... layan jer semampu yang boleh ....

PREP ......... SKTS



Prep ..... sebutan yang amat lumrah didengar di sekolah-sekolah berasrama penuh. Namun sekarang tidak lagi. Kini sudah dua minggu bagi murid-murid Tahun 6 di SKTS ini hadir kelas Prep yang diadakan 2 kali seminggu iaitu pada malam Selasa dan malam Rabu dari jam 8.00 hingga 10.00 malam.

Setiap malam, 2 orang guru akan ditugaskan untuk membimbing murid-murid yang terlibat bermula dengan membuat kerja rumah, ulang kaji dan aktiviti latih tubi.

Semoga pencapaian pada tahun ini akan meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.



Pada malam ini, Cikgu Norsiah dan Cikgu Rosida bertugas untuk ulang kaji mata pelajaran Sains. .....

Sunday, February 27, 2011

BARUKUBE HELAR .......



Haiwan ini diberi nama Barukebe Helar ..... ia merupakan hasil pengklonan badak sumbu, rusa, kuda belang, helang dan ular sawa.

Makanan asasnya ialah rumput dan pucuk-pucuk kayu. Haiwan ini mempunyai kekuatan dan kelebihan yang luar biasa. Kebiasaannya haiwan ini akan berjalan atau berlari di daratan, namun apabila berada dalam situasi yang berbahaya, haiwan ini boleh terbang. Walaupun begitu jarak keupayaan haiwan ini terbang adalah terhad memandangkan keadaan susuk tubuhnya yang besar dan berat.

Ekor haiwan ini boleh digunakan untuk membelit tumbuhan kecil untuk dimakan juga digunakan membelit musuh yang bersaiz kecil.

Setakat ini, haiwan ini belum dapat dilepas bebas kerana sumbu yang ada pada kepala haiwan ini berkemungkinan akan mejadi sasaran pemburu-pemburu haram .....

Yer Ker ......

Saturday, February 26, 2011

Karnival Futsal .......



Kelab Guru SK. Besout 3 telah menganjurkan Karvival Futsal Sekolah-Sekolah Felda di Daerah Batang Padang.

Karnival Futsal ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 (murid Tahun 1,2 & 3) dan Tahap 2 (murid Tahun 4,5 & 6).

Sebanyak 30 pasukan telah mengambil bahagian iaitu 17 pasukan untuk Tahap 2 dan 13 pasukan untuk Tahap 1.




Taklimat pertandingan telah diberikan oleh Penyelaras Pertandingan iaitu Tuan Haji Roslan b. Lee.




Pasukan SKTS "B", diwakili oleh Ahmad Irfan, Mohd. Shahwal, Shahrul Hakimi, Hafiz Danial dan Fakrul Aiman.
Pasukan in telah menag dalam perlawanan pertama dengan jaringan 5-0 tetapi kalah pada perlawanan kedua dengan jaringan 0-2 dan gagal untuk meneruskan ke peringkat seterusnya.



Pasukan SKTS "A" pula diwakili oleh Zakrul Zikrie, Alif Najmi, Iqmal Daniel, Mohd. Hafiz dan Muhammad Hariz.

Pasukan ini layak hingga ke pusingan kedua dengan memenangi 2 perlawanan, 1 seri dan 1 kalah.

Muhd. Hafiz selaku penjaga gol hanya melepaskan 1 gol pada sepanjang perlawanan dan gol itulah yang menghalang untuk pasukan mara ke peringkat seterusnya.

Walaupun kemaraan tersekat namun TAHNIAH atas kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain.



Pasukan Tahap 1 iaitu SKTS "C" tertdiri daripada Mohd. Nuriman Fitri, Mohd. Sharul Afizul, Azamauddin, Mohd. Syaaban dan Jalil telah kalah dalam kedua-dua perlawanan. Namun pendedahan melalui pertandingan ini diharap dapat memberikan inspirasi kepada setiap pemain muda ini untuk terus berlatih dan mewakili sekolah pada masa hadapan.




Jurulatih SKTS, Cikgu Alming telah mengambil bahagian dalam pertandingan jaringan gol terbanyak dengan menduduki tenpat Ketiga Terbaik ... Tahniah.



Adik Fakrul Aiman mewakili abang beliau menerima hadiah selaku pemenang pertandingan jaringan gol terbanyak daripada En. Abas b. Saman , PK. Pentadbiran SK. Besout 3. .... tahniah.

Friday, February 25, 2011

Maulidurrasul ..... Peringkat Sekolah



Majlis diadakan di Dewan Suria SK. Trolak Selatan dimulai dengan bacaan Selawat ke atas Nabi secara beramai-ramai.

Selepas itu, Ustaz Azhar telah menyampaikan ceramah yang bertajuk "Kenali Rasulullah".

Diikuti dengan acara Kuiz Maulidurrasul yang dikendalikan oleh Ustazah Noor.



Kelihatan murid-murid begitu tekun mendengar ceramah yang disampaikan.



Majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya menjawab dengan tepat bagi soalan-soalan kuiz.




Sebelum pulang, murid-murid diberikan roti dan air kotak sementara guru-guru disediakan jamuan yang disediakan sendiri di bilik Pemulihan Khas.

Friday, February 18, 2011

Terima Kasih Daun Keladi .... Pengunjung Yang Dihargai



Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah sudi singgah di laman ini. Setelah berblogging selama kira-kira 10 bulan, jumlah pengunjung yang bermula dari 0 kini telah mencecah 10001 pengunjung.

Walaupun ia bukanlah sesuatu yang besar buat blogger yang telah mantap, namun bagi saya ia merupakan sesuatu yang amat besar nilainya. Semoga sokongan yang diberikan ini berterusan, bak kata pantun orang tua-tua "Kalau tidak kelapa puan, tidak puan kelapa bali, kalau tidak kerana kunjungan tuan puan, takkan saya sampai setahap ini."

Kepada semua "TERIMA KASIH DAUN KELADI ...."

Susahnya Nak Ejer .......



Tahukah anda bahawa perkataan yang paling susah hendak dieja ialah perkataan BUMP, STOP dan SCHOOL.

Tak caya ..... tengoklah sendiri ..... Yer Ker ...







Mak ai ... poning kepala den .....

"Spike" Baharu ..........



Lepas sembahyang Jumaat saya dan Ustaz Azhar sempat juga ke pekan Tapah. Dalam hujan lebat kami meninjau-ninjau jika ada "Spike" yang sesuai untuk bebudak yang akan mewakili sekolah ke Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Batang Padang yang akan diadakan 2 minggu lagi. Memandangkan "Spike" yang ada dah tak boleh digunakan jadi kenalah cari yang baharu. Ingat nak beli 6 pasang tapi yang ada saiz cuma 4 pasang. 2 pasang lagi kena order lain. Minggu depan baru dapat..... Sebagai Pengurus Pasukan, kenalah jaga kebajikan anak buah .......hehehee

Program "3 In 1" ......... SKTS



Hari ini, bersempena hari Jumaat yang mulia, suatu program motivasi murid dan ibu bapa telah diadakan di Dewan Suria SKTS. Program motivasi ini merupakan sebahagian daripada Program Peningkatan Kecemerlangan UPSR 2011.

Program bermula jam 8.30 pagi dengan ceramah motivasi kepada murid-murid Tahun 6 yang disampaikan oleh En. Abdul Aziz b. Jamaluddin daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Guru, Ipoh sehingga jam 10.00.

Sementara majlis berhenti rehat, di Bilik Mesyuarat SKTS pula diadakan perjumpaan antara Guru Besar, guru-guru Tahun 6, ibu bapa serta murid-murid Elit seramai 15 orang yang disasarkan untuk mendapat pencapaian kualiti 5A pada tahun ini.

Selain beberapa pandangan dan masalah yang dilontarkan pada perjumpaan ini, majlis juga dengan sebulat suara bersetuju untuk mengadakan Kelas Tambahan Bahasa Inggeris berbayar. Guru yang mengajar untuk kelas ini merupakan guru dari sekolah luar serta yang berpengalaman luas dan diharapkan dengan usaha ini dapat membantu guru-guru sedia ada menyediakan murid untuk mencapai target yang disasarkan.

Motivasi untuk ibu bapa pula bermula kira-kira jam 10.40 dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Semoga usaha murni ini dapat keberkatan daripada ALLAH S.W.T. .........



Tuesday, February 15, 2011

Kalau Nak Jadi ........ Tak Kira Sesiapa



Itulah .... kalau dah nak meragam tu tak kira sesiapa ...... kekadang yang baharu pun meragam gak ...... jadi bersyukurlah kita kalau kenderaan tak meragam di tengah jalan ....

Monday, February 14, 2011

Sambutan Maulidurrasul ....1432 H



Sambutan Maulidurrasul Kariah Felda Trolak Selatan pada tahun ini disambut meriah dengan penyertaan perarakan hampir 1000 orang.

Perarakan bermula dari Dataran Klinik Kesihatan FTS ke Masjid Jame FTS sejauh kira-kira 1.5 km. Para peserta mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi.

Sempena perarakan ini juga diadakan pertandingan 'Sepanduk Terbaik'. Antara yang mengambil bahagian ialah pasukan Sekolah Agama Rakyat, SMK. Trolak. SK.Trolak Selatan, AJK dan Pegawai Masjid, Koperasi Trolak Selatan BHD, JKKR, GPW, Persatuan Belia, Pegawai dan Kakitangan Klinik FTS, para peniaga FTS dan Blok-Blok.

Sebelum itu, pada malam tadi diadakan Pertandingan Berzanji yang diadakan di perkarangan masjid FTS.

Pada malam ini pula akan diadakan Ceramah Agama oleh Peserta Imam Muda yang akan diadakan di Padang Awam FTS.

Daripada majlis yang diadakan ini jelas terpapar kesepakatan antara penduduk yang perlu diteruskan dan disuburkan agar warga Felda Trolak Selatan dapat hidup dalam suasan yang aman dan sejahtera. Semoga falsafah " 1 Malaysia 1 Ummah" dapat dihayati dan diamalkan .....