Followers

Tuesday, April 13, 2010

Misteri Kolam Hijau

Belive It Or Not

" Kolam Hijau" sangat sinonim dengan Felda Trolak Selatan. Bukan sahaja bagi masyarakat tempatan malahan orang luar pun ramai yang tahu "cerita" yang dikaitkan dengannya. Lokasi Kolam Hijau yang terletak di pertengahan jalan masuk ke Felda Trolak Selatan merupakan sempadan kawasan ladang Felda Trolak Selatan dan Utara. Jolokan nama "Kolam Hijau" berasal daripada keadaan air kolamnya yang sentiasa berwarna hijau. Pada masa dulu terdapat dua longkang bertutup geriji besi dibina merintangi jalan untuk tujuan penyaluran air hujan. Ini menyebabkan sesiapa yang melalui Kolam Hijau terpaksa memperlahan kenderaan. Kini longkang yang merintangi jalan tersebut telah tiada begitu juga air "Kolam Hijau"yang menggerunkan. Kerana Kolam Hijaulah ada di kalangan penduduk yang takut keluar atau masuk terutama pada waktu senja apatah lagi waktu malam.
Antara cerita-cerita misteri berkaitan Kolam Hijau ialah ......
1. Pernah seorang peneroka yang menunggang motosikal bersama-sama isteri dan anak pulang dari Felda Trolak Utara terpinga-pinga apabila terdapat jalan yang bersimpang apabila sampai di Kolam Hijau. Kejadian berlaku pada waktu malam semasa hujan renyai-renyai. Mengikut ceritanya mereka terpaksa menunggu sehingga hujan reda barulah jalan yang betul kelihatan.
2. Seorang peneroka (Jalan Senggora) memperlahan motosikal yang ditunggang apabila sampai di kolam hijau. Tiba-tiba beliau menyedari suatu lembaga yang besar dan tinggi berdiri merintangi jalan. Tanpa berfikir panjang beliau memecut melalui bawah 'kangkang"lembaga itu. Diceritakan beliau memecut moto dengan gear dua hingga sanpai ke rumah kerana terlalu takut dan terkejut.
3. Sekumpulan lelaki yang sedang "mengangkong" di situ lari bertempiaran apabila terdengar bunyi hentakan kaki yang terlalu kuat sehingga bergegar tanah menuju ke arah mereka.
4. Engin pengepam air yang digunakan untuk mengepam air Kolam Hijau sewaktu pembinaan semula jalan Kolam Hijau yang runtuh dikatakan beberapa kali jatuh ke dalam kolam seolah-olahditarik dari bawah.
5. Saya sendiri pernah melihat seorang perempuan berdiri tegak berhampiran Kolam Hijau (dalam kebun) semasa saya pulang ke FTS pada waktu Maghrib . Secara logik tidak akan ada yang berani berada di situ seorang diri pada waktu-waktu begitu. (Tegak bulu roma ni...)
Sebenarnya banyak lagi cerita berkaitan misteri Kolam Hijau.... namun setelah air kolam dikeringkan, tiada lagi cerita-cerita sebegini didengar... Yang ada cuma anak-anak muda bermotosikal sering melepak di situ pada waktu petang hingga ke senja.... Wallahuaklam....

2 comments:

  1. Salam.. tumpang tanya boleh tak regarding kolam hijau ni..?

    ReplyDelete
  2. Saya pernah ditahan mata2 dr blai polis trolk..😂

    ReplyDelete