Followers

Tuesday, April 27, 2010

KLINIK UPSR, 2010 TELAH BERMULA

TINTA AKADEMIK ENTERPRISE

Pada 25 April 2010 (Ahad) yang lalu, kami (saya, Hj. Lan & Jamri) dari Tinta Akademik Enterprise telah menganjurkan Klinik UPSR Fasa I. Ia diadakan di Dewan Besar, SM Teknik Slim River. Seramai 233 orang pelajar Tahun 6 dari seluruh Daerah Batang Padang telah mendaftar dan mengikuti klinik ini. Pihak kami telah menyediakan 3 buah bas untuk pelajar-pelajar dari Tapah, Bidor dan Sungkai. Klinik UPSR ini diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga jam 6.00 petang. Tumpuan diberikan kepada 4 subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Kelihatan En. Ahmad Ruslan Abdullah sedang memberikan tip-tip dan panduan untuk menjawab soalan-soalan Bahasa Inggeris.

Para peserta tekun mendengar ceramah yang diberikan.


Kami turut menyediakan minum pagi, makan tengah hari dan minum petang kepada para peserta.

Makan bersama-sama penceramah pada waktu rehat.
SELEPAS INI, KAMI AKAN BERGERAK KE KUALA KANGSAR, PERAK TENGAH, MANJUNG, KERIAN, IPOH, SEREMBAN, TANGKAK DAN BANYAK LAGI.
KAMI JUGA TURUT MENJUAL BUKU-BUKU YANG DITULIS OLEH PENCERAMAH-PENCERAMAH KAMI SECARA TERUS YANG MUNGKIN TIADA DI PASARAN TERBUKA......
NANTIKAN KEDATANGAN KAMI DI TEMPAT ANDA.





No comments:

Post a Comment