Followers

Sunday, April 11, 2010

Biasa Yang Luar Biasa

Belive It Or Not

Setelah terpandang burung gembala kerbau bertenggek di atas tiang letrik di hadapan rumah, fikiran saya terus teringatkan cerita yang biasa bagi kita tapi luar biasa pada orang lain. Jika setiap pagi kita dapat melihat pelbagai jenis unggas serta mendengar kicauannya yang merdu.. percayakah anda bahawa perkara ini sesuatu yang luar biasa di Indonesia. Kenalan saya dari Jawa Barat dan Sumatera menceritakan bahawa jika ingin melihat unggas secara semulajadi di habitatnya yang semulajadi terpaksalah meredah jauh ke dalam hutan. Ini kerana semuanya sudah pupus. Yang boleh dimakan dimakan, yang merosakkan tanaman dibunuh dengan pelbagai cara manakala yang lainnya ditangkap untuk dijual waima burung pipit sekalipun. Sebenarnya kita masih beruntung kerana masih dapat mendengar kicauan burung yang merdu di mana-mana kita berada walaupun kita kurang ambil tahu kerana ia biasa buat kita .... tetapi mungkin luar biasa buat orang lain.

No comments:

Post a Comment