Followers

Showing posts with label HOBI. Show all posts
Showing posts with label HOBI. Show all posts

Monday, December 1, 2014

JAMBORI PENGAKAP PERINGKAT ANTARABANGSA 2014, TELUK BATIK, PERAK


Jambori Pengakap Peringkat Antarabangsa 2014 telah diadakan di Teluk Batik, 
Perak Darul Ridzuan bermula pada 23 November hingga 30 November 2014.

Jambori ini telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Turut sama menyertai jambori ini ialah Nurnabihah bt. Ahmad Rafie serta pasukan
pengakap daripada Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA).

Tahniah kepada semua.....














Gambar : Kredit kepada Hanisah Huda (SABDA)

Wednesday, December 22, 2010

Cuti-Cuti Malaysia - Cameron Highland

Pada awalnya, percutian ke Cameron Hinghland ini dirancang untuk percutian keluarga. Namun oleh sebab pada musim cuti sekolah ni ramai sanak saudara dan jiran-jiran yang mengadakan kenduri perkahwinan pada hari yang sama, maka hanya sebahagian yang dapat menyertainya. Saya pun hanya hantar wakil sahaja.

Walau bagaimanapun, percutian keluarga akan diteruskan pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin (25-27 Dis. 2010) minggu ini di Bukit Merah Lake Town Resort. Insyaallah.





Monday, December 13, 2010

Cuti-Cuti Malaysia .... i City , Shah Alam

Hari ini merupakan hari ke-2 di Damansara Damai. Esok kami akan balik ke TS. Jadi malam ni kami mengambil kesempatan berkunjung ke I-City di Shah Alam. Kami dimaklumkan biasanya sebelum ni setiap kereta yang masuk dikenakan RM2 tetapi malam ni RM10. Tak apalah bukan selalu pun .....

Suasana di sini memang menarik kerana belum ada Taman LED seperti ini di Malaysia.

Sesiapa yang belum pernah datang ke sini, cuba-cubalah ........ pasti menarik dan pastikan anda datang pada waktu malam kerana suasana pada waktu siang biasa sahaja ......... suasana akan menjadi meriah sebaik sahaja malam melabuhkan tirainya ........












Kami pulang ke tempat penginapan di Damansara Damai pada jam 11.00 malam dan sampai 45 minit kemudian......

Esok lepas sarapan.... kami akan pulang ke TS. Cuti sekolah masih berbaki ..... Insyaallah kami akan merancang untuk pergi bercuti ke tempat yang lain pula .......

Saturday, December 11, 2010

Cuti-Cuti Malaysia .... Tgv Cinemas Kepong, Slgor

Setelah berada di Taiping selama 3 hari, saya sekeluarga pulang ke rumah di TS selama sehari untuk menguruskan pakaian yang perlu dicuci sebelum meneruskan Cuti-Cuti Malaysia kami ke Selangor. Kami menginap di Damansara Damai selama 2 hari. Kami sampai di sini kira-kira jam 3.30 petang tadi. Selepas minum petang, saya yang ditemani isteri dan adik bergegas ke Jaya Jusco Kepong yang menempatkan TGV Cinemas untuk membuat tempahan tiket tayangan filem "Narnia - The Voyage Of The Dawn Treader".

Pada mulanya anak perempuan saya beriya-iya ingin menonton filem kegemarannya iaitu "Rapunzel" yang pasti akan ditentang oleh abang-abangnya. Akhirnya kami bersetuju untuk menonton filem "Narnia" yang ditayangkan secara 3D.

Tayangan bermula jam 8.50 malam. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit telah lewat hingga 35 minit kerana kesesakan kenderaan.

Setelah menonton filem ini, saya memberikan 5 bintang kerana ceritanya memang menarik dan sesuai untuk tontonan keluarga.

Esok ....... kami merancang akan melawat sekitar Shah Alam.




Friday, December 10, 2010

Cuti-Cuti Malaysia ...... Hentian Rehat Sungai Perak

Dalam perjalanan pulang dari Taiping, kami sempat singgah di R&R Sungai Perak. Apa yang menarik, di sini terdapat Menara Tinjau yang cantik. Saya bersama-sama anak-anak naik hingga ke puncak menara untuk meninjau persekitaran R&R tersebut.






Cuti-Cuti Malaysia ....... Zoo Taiping

Zoo Taiping sangat berbeza daripada Zoo Negara atau Zoo Melaka. Ini adalah kerana sebahagian besar haiwan-haiwan yang ada di sini adalah "lepas bebas" dan bukan dalam kurungan. Untuk keselamatan pengunjung, haiwan akan dipisahkan dengan binaan longkang atau kolam yang dalam dan luas selain binaan tembok yang tinggi.