Followers

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BAHARU 2011 ...

Selamat Tahun Baharu diucapkan kepada semua rakyat Malaysia semoga kemakmuran yang dikecapi selama ini berterusan dan mendapat keberkatan dunia akhirat.

Tuesday, December 28, 2010

MULA BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU ......

Hari ini 28/12/2010 (Selasa) merupakan hari kedua saya bertugas di tempat yang baharu iaitu di SK. Trolak Selatan. Jika semalam saya menghadiri Mesyuarat Guru kali pertama, pada hari ini diadakan pula "In House Training" selama 2 jam.

Selepas itu diadakan pula gotong-royong mengemas Bilik Guru.

Akhirnya ada juga meja kosong untuk saya. Kalau dihias nanti rasanya ok kot ....... Kepada rakan-rakan setugas yang baharu ...... semoga dapat menerima saya seadanya ......

Cuti-Cuti Malaysia - Family Gathering 2010

Pada hari ketiga, sebelum pulang kami sempat singgah di rumah seorang pengusaha Ikan Arowana yang berjaya iaitu En. Shahidan. Beliau merupakan rakan karib abah semasa di kampung. Beliau mulanya ialah seorang petani yang mengerjakan sawah padi di kampung Ban Pisang Bukit Merah.

Walaupun kini telah bergelar jutawan namun sikap beliau yang rendah hati amat disenangi oleh rakan-rakan dan penduduk kampung.

Kenderaan istimewa inilah yang beliau gunakan untuk berulang alik dari rumah ke kolam ternakan ikan arowana yang beliau usahakan dan dimaklumkan hanya ada 4 buah kenderaan sedemikian di Malaysia sekarang ini.

Monday, December 27, 2010

Cuti-Cuti Malaysia - Family Gathering 2010

Inilah rumah nenek tempat saya dilahirkan. Di sebelah ialah tanah yang diwakafkan dan didirikan surau untuk kegunaan ahli qariah.

Suatu masa nenek merupakan guru mengaji Al-Quran yang mengajar hampir 20 anak-anak dalam suatu masa.










Pada hari yang sama kami berjumpa dengan Makngah Mariah yang tinggal di Klang untuk sama-sama menziarahi nenek. (gambar Makngah Mariah bersama-sama anak beliau Norihan dan cucu yang tinggal di Taiping) .
Setelah sembahyang kami mengambil peluang untuk melelapkan mata di dalam surau sebelah rumah nenek.

Cuti-Cuti Malaysia - Family Gathering 2010

Hari kedua percutian keluarga dihabiskan di Water Theme Park, Bukit Merah Lake Town Resort. Selepas makan tengah hari kami beramai-ramai menziarahi nenek di Ban Pisang, Bukit Merah.








Sunday, December 26, 2010

Cuti-Cuti Malaysia - Family Gathering 2010

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Alhamdulillah pada tahun ini percutian keluarga dapat juga diadakan walaupun tempat yang dipilih bukanlah asing buat kami kerana di sinilah kampung tempat asal keluarga kami. Kak Long, saya dan Ida memang dilahirkan di sini. Nenek dan ramai sanak saudara masih tinggal di sini.

Abah mencadangkan kami berkumpul di sini memandangkan nenek tidak sihat dan mudah untuk kami menziarahi nenek pada bila-bila masa yang hanya mengambil masa kurang 10 minit dari tempat kami menginap iaitu di Water Front Villa, Bukit Merah Lake Town Resort.

Saya sebenarnya datang 2 hari lebih awal daripada keluarga yang lain. Ini memandangkan saya masih bercuti manakala yang lain cuma mula bercuti pada 25 Dis. iaitu pada hari krismas. Walaupun begitu, saya terpaksa pulang awal pada 26 Dis. kerana mula bertugas pada 27 Dis. ............yang lain meneruskan aktiviti hingga 27 Dis. 2010 dan aktiviti memancing pasti tidak ketinggalan.

Aktiviti hari pertama ialah memancing Toman, bersiar-siar di kawasan sekitar dan BBQ pada malamnya.











Wednesday, December 22, 2010

Cuti-Cuti Malaysia - Cameron Highland

Pada awalnya, percutian ke Cameron Hinghland ini dirancang untuk percutian keluarga. Namun oleh sebab pada musim cuti sekolah ni ramai sanak saudara dan jiran-jiran yang mengadakan kenduri perkahwinan pada hari yang sama, maka hanya sebahagian yang dapat menyertainya. Saya pun hanya hantar wakil sahaja.

Walau bagaimanapun, percutian keluarga akan diteruskan pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin (25-27 Dis. 2010) minggu ini di Bukit Merah Lake Town Resort. Insyaallah.





Monday, December 13, 2010

Cuti-Cuti Malaysia .... i City , Shah Alam

Hari ini merupakan hari ke-2 di Damansara Damai. Esok kami akan balik ke TS. Jadi malam ni kami mengambil kesempatan berkunjung ke I-City di Shah Alam. Kami dimaklumkan biasanya sebelum ni setiap kereta yang masuk dikenakan RM2 tetapi malam ni RM10. Tak apalah bukan selalu pun .....

Suasana di sini memang menarik kerana belum ada Taman LED seperti ini di Malaysia.

Sesiapa yang belum pernah datang ke sini, cuba-cubalah ........ pasti menarik dan pastikan anda datang pada waktu malam kerana suasana pada waktu siang biasa sahaja ......... suasana akan menjadi meriah sebaik sahaja malam melabuhkan tirainya ........












Kami pulang ke tempat penginapan di Damansara Damai pada jam 11.00 malam dan sampai 45 minit kemudian......

Esok lepas sarapan.... kami akan pulang ke TS. Cuti sekolah masih berbaki ..... Insyaallah kami akan merancang untuk pergi bercuti ke tempat yang lain pula .......

Cuti-Cuti Malaysia .... Bowling di Selayang Mall

Hari ke-2 berada di Damansara Damai. Pada sebelah pagi, kami telah berkunjung ke Jaya Jusco Kepong untuk membeli beberapa barang keperluan.

Selepas makan tengah hari kami dengan menaiki 3 buah kereta telah pergi ke Selayang Mall untuk menguji kemahiran bermain Bowling. Kami menggunakan 3 lane dengan pertandingan 3 kategori iaitu Senior (group aku la tu), Junior dan perempuan.

Kami berada di sini hingga jam 5.30 petang. Kami perlu pulang awal kerana pada malam ini ada lagi aktiviti yang seterusnya di Shah Alam.


















Ini adalah keputusan Group Junior.
Bolehlah ... jika banyak latihan tentu pencapaian setiap peserta akan dapat ditingkatkan.