Followers

Monday, March 28, 2011

MSSPK .... Tuan Rumah Takraw Daerah B. Padang



Sebanyak 38 regu telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Sepak Takraw MSSPK, Daerah batang Padang kategori bawah 12 tahun pada kali ini. SKTS telah dilantik sebagai tuan rumah bagi mengendalikan kejohanan tersebut yang diadakan di Dewan Besar SM. Vokasioanal, Slim River.

Permainan dijalankan secara liga 8 kumpulan pada peringkat awal. 8 kumpulan yang terbaik akan bermain di peringkat seterusnya iaitu peringkat suku akhir dan separuh akhir yang dijalankan secara kalah mati.

Berikut adalah keputusan kejohanan tersebut:

Johan : SK. Kuala Slim
Kedua : SK. Slim River
Ketiga : SK. Satu Tapah
Keempat : SK. Perlok

Hadiah dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh Tuan Haji Hassan b. Lassa PK Kokurikulum SKTS.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kejohanan tersebut......


Sunday, March 27, 2011

Upgrade......Gelanggang Badminton SKTS



Kerja-kerja baik pulih dan "upgrade" gelanggang badminton bermula jam 8.00 pagi. Seramai 11 orang pekerja bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja pada hari ini. Apa yang paling dikhuatiri ialah hujan. Lapangan kerja yang terdedah kepada hujan mebuatkan semua yang terlibat seolah-olah berlumba dengan masa dan cuaca. Namun Alhamdulillah cuaca sepanjang hari ini cerah dan baik sekali.

Walaupun dengan seramai 11 orang tenaga kerja namun kerja-kerja di lapangan hanya dapat disiapkan pada jam 9.30 malam. Sempat juga saya menyediakan kopi panas sebelum semua bergerak pulang dalam keadaan letih lesu.

Sebelum pulang,saya bertanya kepada rakan saya (Aziz) selaku Ketua Pekerja apakah "Budget" yang diperuntukkan mencukupi. Dengan selamba beliau menjawab yang penting upah untuk rakan-rakannya lepas dan yang selainnya adalah sebagai sumbangan yang dapat mereka berikan kepada pihak sekolah.

Saya bagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aziz serta rakan-rakan atas sumbangan yang telah diberikan. TERIMA KASIH DAUN KELADI .....

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan membina rumah, ubah suai dan lain-lain kerja pembinaan boleh menghubungi AZIZ di talian : 012-5762173.

(Hasil tangan beliau : sila klik label "Rumahku Syurgaku"........)








Saturday, March 26, 2011

OVERLOAD ....... 5



Kalau kat Malaysia setakat naik moto 4 orang tu biasa la ... tapi kalau dah macam ni kira luar biasa nih....

Apa-apapun mereka terpaksa begini demi kelangsungan hidup seharian ....



Thursday, March 24, 2011

Mesyuarat Agung PIBG ke-32 .....SKTS



Mesyuarat Agung PIBG SKTS kali ke-32 ini telah dirasmikan oleh En. Md. Zulkifli b. Md. Naam, Pengurus Besar Felda Wilayah Trolak.
Dalam ucapan perasmian, beliau mengingatkan kepada para guru dan ibu bapa jika inginkan pencapaian yang luar biasa maka tindakan juga haruslah tindakan yang luar biasa. Selain itu beliau juga memaklumkan bahawa peruntukan melebihi RM 1 juta juga telah diperuntukkan kepada sekolah-sekolah dalam Wilayah Trolak untuk pelaksanaan Skim Tuisyen Felda (STF). Selain peningkatan dalam hasil ladang, beliau menambah, pihak Felda amat menitikberatkan pencapaian dalam bidang pelajaran.

Terdahulu daripada itu, YDP PIBG, En. Sulaiman dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada warga sekolah, Felda dan ibu bapa yang memberikan komitmen yang tinggi dalam menentukan peningkatan pencapaian anak-anak dalam segala bidang khasnya bidang akademik.

Tuan Guru Besar, Cik Hajjah Normah pula mengingatkan ibu bapa khasnya bahawa sekolah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi. Seterusnya beliau berharap agar ibu bapa memberi sepenuh kepercayaan kepada beliau selaku Ketua Jabatan dalam melaksanakan pengurusan di dalam sekolah. Beliau mengakui bahawa anak-anak perlu dididik secara lembut tetapi tegas serta memberi peluang kepada anak-anak merasai sedikit cabaran dan dugaan agar mereka menjadi rakyat yang kuat semangat serta daya juang yang tinggi.








Tuesday, March 22, 2011

OVERLOAD ....... 4



Inilah akibat terlebih muatan. Ingatkan nak untung lebih tapi ........ inilah risiko yang terpaksa dilalui .... anggaplah ia sebagai DUGAAN !!!!



OVERLOAD ....... 3



Walaupun kereta api yang beroperasi bukanlah secanggih di negara kita , namun ia merupakan sistem pengangkutan yang terpenting di India. India mempunyai sistem rangkaian kereta api yang terbanyak dan terbesar di dunia. Setiap hari, jutaan penumpang akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan ini.

Persoalan : Apakah India mempunyai sistem yang canggih untuk mengenal pasti semua penumpang telah membayar tiket untuk setiap perjalanan .....

Jika kita mengeluh kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya ..... kenang-kenangkan mereka ini dan mungkin ketika itu kita masih mampu BERSYUKUR ....



Monday, March 21, 2011

OVERLOAD ....... 2




Kalu dah terpaksa, kita juga mampu melakukan sesuatu yang mustahil bagi orang lain .......

OVERLOAD ....... 1




Kadang-kadang kita sendiri amat kagum dengan kebolehan kita, yang mampu melakukan sesuatu diluar jangkaan kita sendiri .....

Thursday, March 17, 2011

380A .......Bukan Pesawat Airbus



Walaupun telah 2 tahun berlalu, namun pembinaan 380A ini ingin juga saya sisipkan dalam blog ini kerana ia sebahagian daripada memori yang pernah saya lalui ...












Tuesday, March 15, 2011

LATA (f) TROLAK TIMUR ...........



Lata Felda Trolak Timur, mungkin kurang dikenali. Walau bagaimanapun sekiranya Lata seperti ini ada berhampiran Kuala Lumpur sudah pasti ia akan menjadi tempat tumpuan setiap hujung minggu.

Lata ini jaraknya hanya kira-kira 5km daripada rumah saya. Sekiranya anak-anak mahu mandi sungai di sinilah tempat yang saya tuju. Dasar sungai yang rata dan agak cetek amat sesuai untuk kanak-kanak mandi manda dan bermain.


KENANGAN SKB3 .... HASIL TANGAN



Ini adalah sebahagian daripadsa kenangan yang dapat dirakam ketika berada di SKB3. Menghias dewan merupakan antara tugasan yang sering dipertanggungjawabkan kepada saya. Saya sering menggunakan bahan-bahan yang telah sedia ada tanpa kos tambahan. Walaupun nampak ringkas namun penghargaan daripada kawan-kawan menjadikan hasil tangan ini akan lebih bermakna buat saya sendiri.

Terima kasih kepada rakan-rakan warga SKB3. Budi baik kalian tetap dalam ingatan....