Followers

Showing posts with label Masjid Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Masjid Tinggi. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Beraya di JB (Jalan Banjar) Masjid Tinggi ...........



Pada hari raya ke-3 rumah mentua di JB (Jalan Banjar)Masjid Tinggi telah diadakan majlis kenduri arwah dan tahlil yang telah menjadi kelaziman setiap kali sambutan hari raya aidilfitri.

Pada malamnya, telah diadakan BBQ arnab bersama-sama adik-beradik yg turut sama pulang ke kampung. Untuk mengumpulkan kesemua 16 orang adik beradik bukanlah sesuatu yg mudah. Hanya dalam kesempatan berhari raya ini sahajalah peluang terbaik untuk berjumpa dan berkumpul.

Kepada mak, ayah, adik-beradik, saudara-mara dan kulaan di JB : Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Jangan lupa datang ke "South True Luck".












Wednesday, February 2, 2011

Masjid Asal .... 'Masjid Tinggi'...



Nama tempat iaitu "Masjid Tinggi" yang terletak di Bagan Serai dalam Daerah Krian, Perak adalah mengambil nama sempena masjid lama yang dibina di tepi jalan utama @ "main road" Taiping - Bagan Serai. Masjid ini mempunyai menara yang agak tinggi dan keseluruhan bangunan diperbuat daripada kayu bermutu tinggi. Masjid lama ini telah dibaik pulih sebagai bangunan sejarah warisan bersebelahan masjid baru yang lebih moden.