Followers

Monday, April 12, 2010

Majlis Ujian Tilawah Al-Quran

Majlis Tilawah : Tema : "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah."

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah ini telah dilangsungkan di perkarangan Masjid Felda Trolak Selatan. Menurut Pegawai Pejabat Agama Tapah, pada peringkat awalnya seramai 15 orang Qari dan Qariah telah diuji bacaan mereka di Pejabat Agama Islam Tapah. Daripada 15 orang peserta, 6 orang peserta telah terpilih untuk diuji pada peringkat akhir Ujian Tilawah yang diadakan di sini. Peserta tersebut terdiri daripada 3 orang Qari dan 3 orang Qariah.

Penyediaan pentas dan khemah tetamu dibuat pada petang hari Isnin. Ajk pengelola, Ajk dan pegawai masjid, belia dan GPW telah berganding bahu bergotong-royong membuat segala persediaan yang perlu bagi menjayakan majlis ini. Kelihatan En. Mohd. Arshard (pegawai masjid merangkap Setiausaha Sambutan) sedang duduk berbual setelah letih menyusun kerusi di khemah tetamu.
Kelihatan En. Mohd. Arshard bersama-sama Y.Bhg.Dato' Seri Yeop Junior b. Yeop Adlan, Orang Kaya Jajahan Batang Padang selaku perasmi majlis duduk di kerusi tetamu khas. Dalam ucapan perasmiannya Y. Bhg. Dato'Seri menyeru agar masyarakat Islam bersatu padu kerana perpecahan ummat boleh menghalang pelaksanaan Syariah. Seterusnya beliau menambah bahawa semua individu wajib untuk mengusahakan perdamaian.

Peserta Tilawah sedang menyampaikan bacaan di pentas utama. Selain itu, sewaktu rehat, murid-murid dari Sekolah Agama Rakyat Felda Trolak Selatan telah menyampaikan beberapa buah lagu nasyid sebagai halwa telinga sementara menunggu hakim mengira markah.

Keputusan Ujian Tilawah Peringkat Daerah telah diumumkan oleh Pengerusi Hakim yang juga Pegawai Pejabat Agama Islam Tapah seperti bertiku ;
Qari : Johan : Tn. Hj. Zainal b. Hj. Asmawi (83 markah)
N/Johan : En. Nur Aslam Faiz b. Osman (76 markah)
Ketiga : En. Arshad b. Awang (70 markah)
Qariah : Johan : Pn. Hjh. Arbayah bt. Mohd Dani (75 markah)
N/Johan: Pn. Salasiah bt. Ayob (59 markah)
Ketiga : Pn. Latifah bt. Ahmad (59 markah)




No comments:

Post a Comment