Pinjaman dipertimbangkan kepada peneroka yang layak dengan jumlah di antara RM 10,000 hingga RM 40,000.
Followers
Thursday, April 29, 2010
KEMALANGAN MAUT - JALAN BESOUT
Sewaktu dalam perjalanan balik dari tempat bertugas, kira-kira jam 1.30 tengah hari (29 April 2010)saya terkejut kerana di hadapan kelihatan pihak polis membuat sekatan jalan. Cepat-cepat saya menarik tali pinggang keledar. Dalam hati berkata, tak pernah polis buat sekatan kat sini. Setelah hampir barulah saya sedar bahawa suatu kemalangan telah berlaku.
Kemalangan ini berlaku tidak jauh selepas pondok pengawal (Felsco) berhampiran titi batu Kg. Felcra Cahangkat Sulaiman. (Simpang ke bekas tapak memproses kayu getah).
Saya memberhentikan kereta dan mengambil beberapa 'shot' gambar.
Daripada cerita saksi yang sampai awal, kereta Waja yang dipandu oleh seorang pegawai PTS Felda Besout 2 telah melanggar seorang lelaki Cina yang keluar dari simpang ladang sawit. Dimaklumkan bahawa lelaki Cina itu ingin pulang setelah selesai meracun ladang sawitnya yang terletak berhampiran tempat kejadian. Oleh sebab tidak memakai topi keledar, lelaki Cina itu mengalami kecederaan teruk di kepala dan meninggal di tempat kejadian.
Jika lelaki Cina itulah yang dimaksudkan, saya kerap kali berjumpa sewaktu pergi dan balik bertugas. Biasanya dia akan bersama-sama isterinya ke ladang dan meninggalkan motosikal mereka di tepi titi batu.
Bak kata orang "malang tidak berbau". Berhati-hatilah sentiasa ketika di jalan raya........

Tuesday, April 27, 2010
SATU DALAM SERIBU
SYABAS DAN TERIMA KASIH PAK MAIL
Dalam kesibukan lalu lintas ketika anak-anak pulang dari sekolah agama, sekolah rendah, sekolah menengah, insan yang dipanggil Pak Mail, setia dan sedia memberikan khidmat mengawal lalu lintas serta membantu anak-anak menyeberang jalan.
Bukan sekadar itu, Pak Mail juga akan berada di majlis-majlis keraian seperti kenduri kahwin bahkan pada setiap hari Selasa semasa Pekan Hari diadakan.
Tanpa mengira hujan dan panas, Pak Mail sedia berkhidmat. Kehadirannya ...... Satu Dalam Seribu..... Tahniah dan terima kasih Pak Mail .......

KLINIK UPSR, 2010 TELAH BERMULA
TINTA AKADEMIK ENTERPRISE
Pada 25 April 2010 (Ahad) yang lalu, kami (saya, Hj. Lan & Jamri) dari Tinta Akademik Enterprise telah menganjurkan Klinik UPSR Fasa I. Ia diadakan di Dewan Besar, SM Teknik Slim River. Seramai 233 orang pelajar Tahun 6 dari seluruh Daerah Batang Padang telah mendaftar dan mengikuti klinik ini. Pihak kami telah menyediakan 3 buah bas untuk pelajar-pelajar dari Tapah, Bidor dan Sungkai. Klinik UPSR ini diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga jam 6.00 petang. Tumpuan diberikan kepada 4 subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Kelihatan En. Ahmad Ruslan Abdullah sedang memberikan tip-tip dan panduan untuk menjawab soalan-soalan Bahasa Inggeris.
Para peserta tekun mendengar ceramah yang diberikan.

Kami turut menyediakan minum pagi, makan tengah hari dan minum petang kepada para peserta.
SELEPAS INI, KAMI AKAN BERGERAK KE KUALA KANGSAR, PERAK TENGAH, MANJUNG, KERIAN, IPOH, SEREMBAN, TANGKAK DAN BANYAK LAGI.
KAMI JUGA TURUT MENJUAL BUKU-BUKU YANG DITULIS OLEH PENCERAMAH-PENCERAMAH KAMI SECARA TERUS YANG MUNGKIN TIADA DI PASARAN TERBUKA......
NANTIKAN KEDATANGAN KAMI DI TEMPAT ANDA.
Monday, April 26, 2010
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
MAJALAH FELDA - KELUARAN KHAS
KELUARAN JUMAAT 23 APRIL 2010
Tentu sekali ilham Allahyarhan Tun Razak membuka petempatan baharu serta memberi tanah (walaupun bukan free - kena bayar sikit) kepada warga miskin amat dihargai dan dikenang. Semoga legasi pembela rakyat ini akan berterusan.
Syukur alhamdulillah......
Pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan kepada warga Felda. Antaranya Latihan Kemahiran , MRSM Felda, Penajaan Makenik Kapal Terbang. (Adik : Muhammad Syafik kini telah bekerja dengan MAS di Subang Air Port)
Gambar sebelah ni (Nurul Shahrina Sabran) ialah sepupu saya.
Hujung tahun lepas, anak saya ada gak mohon MRSM (F) di Trolak ni. Tak dapat. Tapi syukur gak dia dapat kat SMKA Azlan Shah kat Bota.
Sunday, April 18, 2010
PETA FELDA TROLAK SELATAN
Saturday, April 17, 2010
KEMUDAHAN SUKAN
BETUL PUNYA CERITA .....
Seperti tempat-tempat lain, di sini kemudahan untuk bersukan juga disediakan untuk kegunaan masyarakat setempat. Sebagai contoh gelanggang sepak takraw ini. Saya dimaklumkan penggunaan gelanggang ini ada keunikannya. Bermula jam 5.00 hingga 6.00 petang, biasanya gelanggang ini akan digunakan oleh anak-anak muda dan belia manakala bermula kira-kira jam 6.00 hingga 7.30 malam pula akan digunakan oleh golongan veteran bersama-sama orang asli yang tinggal berhampiran FTS ini. Inilah yang dikatakan hidup bermasyarakat. Sikap bertolak ansur seperti ini patut dipuji....

Lain pula halnya di padang awam. Ketika saya tiba, kelihatan ramai anak-anak muda sedang bermain bola sepak. Tetapi kenapa ramai yang berkaki ayam. Bahaya tu...... Apabila diamat-amati, rupa-rupanya lebih separuh yang berada di atas padang tu ialah pemuda-pemuda Indon yang turut bermain. Patutlah yang berada di tepi padang pun ramai.... penyokong setia dari seberang ...... bagi saya tak kisahlah siapa yang bermain, asalkan kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan....
Friday, April 16, 2010
HOBI - DARI DULU SAMPAI SEKARANG
Mai la tengok.
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan seseorang yang mempunyai minat dan hobi memelihara haiwan. Beliau ialah Syed Halim b. Syed Ahmad yang tinggal di 377, Jalan Tauhid, Felda Trolak Selatan. Saya mengenali beliau sejak mula sampai di FTS ini. Sejak dulu lagi, beliau sangat berminat dengan lanskap dan pemeliharaan haiwan. Dari itu tidak hairanlah jika dari awal lagi rumah beliau dijadikan tempat lawatan para pemimpin dari luar dan dalam negeri yang ingin mengetahui kehidupan seorang peneroka. Antara pemimpin luar negara yang pernah melawat rumah beliau adalah seperti dari Jepun, Vietnam dan New Zealand manakala banyak agensi seperti pertanian, belia dan pertubuhan wanita daripada pelbagai negara turut mengadakan lawatan.
Kini, walaupun rumah beliau tidak lagi menjadi tumpuan lawatan seperti masa dulu tetapi sentiasa dikunjungi peminat-peminat burung, ayam dan kucing dari serata tempat.
(Gambar : Tn. Syed bersama-sama kucing jenis "Link" yang jarang-jarang dapat dilihat.)
Juga terdapat kucing Parsi dan kucing Siam.

Thursday, April 15, 2010
LANSKAP MASJID FELDA TROLAK SELATAN
SEJUK MATA MEMANDANG
Persekitaran Masjid Felda Trolak Selatan mempunyai suasana lanskap yang cantik dan sejuk mata memandang. Susun aturnya nampak "simple" tetapi menarik. Namun jelas ia memerlukan penjagaan yang rapi dan berterusan. Tentunya usaha pegawai masjid khasnya Tuan Haji Ismail yang sangat perihatin tentang penjagaan kebersihan dan keindahan persekitaran masjid ini amat berbaloi.

Tuesday, April 13, 2010
Misteri Kolam Hijau
Belive It Or Not
" Kolam Hijau" sangat sinonim dengan Felda Trolak Selatan. Bukan sahaja bagi masyarakat tempatan malahan orang luar pun ramai yang tahu "cerita" yang dikaitkan dengannya. Lokasi Kolam Hijau yang terletak di pertengahan jalan masuk ke Felda Trolak Selatan merupakan sempadan kawasan ladang Felda Trolak Selatan dan Utara. Jolokan nama "Kolam Hijau" berasal daripada keadaan air kolamnya yang sentiasa berwarna hijau. Pada masa dulu terdapat dua longkang bertutup geriji besi dibina merintangi jalan untuk tujuan penyaluran air hujan. Ini menyebabkan sesiapa yang melalui Kolam Hijau terpaksa memperlahan kenderaan. Kini longkang yang merintangi jalan tersebut telah tiada begitu juga air "Kolam Hijau"yang menggerunkan. Kerana Kolam Hijaulah ada di kalangan penduduk yang takut keluar atau masuk terutama pada waktu senja apatah lagi waktu malam.

1. Pernah seorang peneroka yang menunggang motosikal bersama-sama isteri dan anak pulang dari Felda Trolak Utara terpinga-pinga apabila terdapat jalan yang bersimpang apabila sampai di Kolam Hijau. Kejadian berlaku pada waktu malam semasa hujan renyai-renyai. Mengikut ceritanya mereka terpaksa menunggu sehingga hujan reda barulah jalan yang betul kelihatan.
2. Seorang peneroka (Jalan Senggora) memperlahan motosikal yang ditunggang apabila sampai di kolam hijau. Tiba-tiba beliau menyedari suatu lembaga yang besar dan tinggi berdiri merintangi jalan. Tanpa berfikir panjang beliau memecut melalui bawah 'kangkang"lembaga itu. Diceritakan beliau memecut moto dengan gear dua hingga sanpai ke rumah kerana terlalu takut dan terkejut.
3. Sekumpulan lelaki yang sedang "mengangkong" di situ lari bertempiaran apabila terdengar bunyi hentakan kaki yang terlalu kuat sehingga bergegar tanah menuju ke arah mereka.
4. Engin pengepam air yang digunakan untuk mengepam air Kolam Hijau sewaktu pembinaan semula jalan Kolam Hijau yang runtuh dikatakan beberapa kali jatuh ke dalam kolam seolah-olahditarik dari bawah.
5. Saya sendiri pernah melihat seorang perempuan berdiri tegak berhampiran Kolam Hijau (dalam kebun) semasa saya pulang ke FTS pada waktu Maghrib . Secara logik tidak akan ada yang berani berada di situ seorang diri pada waktu-waktu begitu. (Tegak bulu roma ni...)
Sebenarnya banyak lagi cerita berkaitan misteri Kolam Hijau.... namun setelah air kolam dikeringkan, tiada lagi cerita-cerita sebegini didengar... Yang ada cuma anak-anak muda bermotosikal sering melepak di situ pada waktu petang hingga ke senja.... Wallahuaklam....
Kelas Tuisyen
Khidmat Masyarakat
Malam ini saya mulakan kelas tuisyen untuk anak-anak jiran. Alhamdulillah ada 4 orang yang datang 5 orang termasuk anak saya sendiri. Kelas ni saya tak kenakan apa-apa bayaran. Sebenarnya di tempat lama pun saya buat macam tu. Anak-anak saya agak susuh nak belajar sendiri. Cepat boring. Jadi, cara mengatasinya saya suruh depa ajak kawan-kawan terdekat yang berminat belajar sekali bersama-sama. Atas meja saya letakkan balang gula-gula Kopiko. Sambil belajar sambil pekena kudapan. Belajar secara santai. Malam ni nampak semuanya ok. Kelas mula jam 8.00 malam habis jam 9.30 malam. Kalau ada sambutan mungkin akan tambah bilangan hari dan subjek. (BM, Mate & Sains). Insyaallah....
Kelihatan Nur Nabihah (anak), Nur Azira, Arif, Daniel dan Mamat sedang asyik menjawab soalan-soalan latihan yang diberi.

Monday, April 12, 2010
Majlis Ujian Tilawah Al-Quran
Majlis Tilawah : Tema : "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah."
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah ini telah dilangsungkan di perkarangan Masjid Felda Trolak Selatan. Menurut Pegawai Pejabat Agama Tapah, pada peringkat awalnya seramai 15 orang Qari dan Qariah telah diuji bacaan mereka di Pejabat Agama Islam Tapah. Daripada 15 orang peserta, 6 orang peserta telah terpilih untuk diuji pada peringkat akhir Ujian Tilawah yang diadakan di sini. Peserta tersebut terdiri daripada 3 orang Qari dan 3 orang Qariah.

Penyediaan pentas dan khemah tetamu dibuat pada petang hari Isnin. Ajk pengelola, Ajk dan pegawai masjid, belia dan GPW telah berganding bahu bergotong-royong membuat segala persediaan yang perlu bagi menjayakan majlis ini. Kelihatan En. Mohd. Arshard (pegawai masjid merangkap Setiausaha Sambutan) sedang duduk berbual setelah letih menyusun kerusi di khemah tetamu.
Kelihatan En. Mohd. Arshard bersama-sama Y.Bhg.Dato' Seri Yeop Junior b. Yeop Adlan, Orang Kaya Jajahan Batang Padang selaku perasmi majlis duduk di kerusi tetamu khas. Dalam ucapan perasmiannya Y. Bhg. Dato'Seri menyeru agar masyarakat Islam bersatu padu kerana perpecahan ummat boleh menghalang pelaksanaan Syariah. Seterusnya beliau menambah bahawa semua individu wajib untuk mengusahakan perdamaian.
Peserta Tilawah sedang menyampaikan bacaan di pentas utama. Selain itu, sewaktu rehat, murid-murid dari Sekolah Agama Rakyat Felda Trolak Selatan telah menyampaikan beberapa buah lagu nasyid sebagai halwa telinga sementara menunggu hakim mengira markah.
Keputusan Ujian Tilawah Peringkat Daerah telah diumumkan oleh Pengerusi Hakim yang juga Pegawai Pejabat Agama Islam Tapah seperti bertiku ;
Qari : Johan : Tn. Hj. Zainal b. Hj. Asmawi (83 markah)
N/Johan : En. Nur Aslam Faiz b. Osman (76 markah)
Ketiga : En. Arshad b. Awang (70 markah)
Qariah : Johan : Pn. Hjh. Arbayah bt. Mohd Dani (75 markah)
N/Johan: Pn. Salasiah bt. Ayob (59 markah)
Ketiga : Pn. Latifah bt. Ahmad (59 markah)
Sunday, April 11, 2010
Sembang CEO
Cerita ini saya dapat daripada seorang rakan berbangsa Cina dari Ipoh iaitu En. Lit. Di sini saya ingin berkongsi cerita tentang Tiga Orang CEO yang berborak selepas suatau persidangan di Kuala Lumpur.
CEO A : Saya amat gembira mempunyai pekerja yang sanggup bekerja sehingga jam 8.00
malam setiap hari.
CEO B : Saya pun begitu. Pekerja saya bukan sahaja hingga jam 8.00 kadang-kadang ada yang
sanggup pulang jam 10.00 malam. (Dengan penuh bangga)
CEO A : Awak pulak macam mana? Daripada tadi diam je? (Sambil mencebek kepada CEO C)
CEO C : Pekerja aku mungkin lain daripada pekerja kamu berdua. Hari-hari aku dan pekerja
aku balik ikut waktu pejabat kerana kerja kami telah dapat kami selesaikan
sepenuhnya.
CEO A & CEO B : @%^#@!*^% (Dalam hati)
Penulis : Fikir-fikirkan.

Biasa Yang Luar Biasa
Belive It Or Not
Setelah terpandang burung gembala kerbau bertenggek di atas tiang letrik di hadapan rumah, fikiran saya terus teringatkan cerita yang biasa bagi kita tapi luar biasa pada orang lain. Jika setiap pagi kita dapat melihat pelbagai jenis unggas serta mendengar kicauannya yang merdu.. percayakah anda bahawa perkara ini sesuatu yang luar biasa di Indonesia. Kenalan saya dari Jawa Barat dan Sumatera menceritakan bahawa jika ingin melihat unggas secara semulajadi di habitatnya yang semulajadi terpaksalah meredah jauh ke dalam hutan. Ini kerana semuanya sudah pupus. Yang boleh dimakan dimakan, yang merosakkan tanaman dibunuh dengan pelbagai cara manakala yang lainnya ditangkap untuk dijual waima burung pipit sekalipun. Sebenarnya kita masih beruntung kerana masih dapat mendengar kicauan burung yang merdu di mana-mana kita berada walaupun kita kurang ambil tahu kerana ia biasa buat kita .... tetapi mungkin luar biasa buat orang lain.

Saturday, April 10, 2010
Kenangan Lalu
Peneroka Blok 5 dan Blok 12, Peringkat 1
Gambar ini diambil pada akhir tahun 70-an. Pada masa ini rata-rata peneroka berumur bawah 40 tahun. Ayah saya antara peneroka yang agak berumur jika dibandingkan rakan-rakan peneroka beliau yang lain. Sewaktu kami berpindah ke Felda Trolak Selatan, pada ketika itu ayah berumur 35 tahun dan telah mempunyai 5 orang anak. Antara peneroka yang ada dalam gambar ini ialah : En. Said, En. Saad, Ustaz Ismail, En. Man, En. Mat Nor (Mat Nor Kayu - Allahyarham ), Hj. Kadir, Hj. Sutra Ali, En. Yusuf (Yusuf Mamak - Allahyarham), En. Katy (Pegawai Felda), Ustaz Adam (Allahyarham), En. Mastor (Pak Ya), En. Mat Noor, Hj. Ahmad, En. Ismail (Mail Ayahmuk - Allahyarham) dan En. Yusuf Masrawan.
Penerokawati dan anak-anak.

Subscribe to:
Posts (Atom)