Followers

Monday, February 14, 2011

Sambutan Maulidurrasul ....1432 H



Sambutan Maulidurrasul Kariah Felda Trolak Selatan pada tahun ini disambut meriah dengan penyertaan perarakan hampir 1000 orang.

Perarakan bermula dari Dataran Klinik Kesihatan FTS ke Masjid Jame FTS sejauh kira-kira 1.5 km. Para peserta mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi.

Sempena perarakan ini juga diadakan pertandingan 'Sepanduk Terbaik'. Antara yang mengambil bahagian ialah pasukan Sekolah Agama Rakyat, SMK. Trolak. SK.Trolak Selatan, AJK dan Pegawai Masjid, Koperasi Trolak Selatan BHD, JKKR, GPW, Persatuan Belia, Pegawai dan Kakitangan Klinik FTS, para peniaga FTS dan Blok-Blok.

Sebelum itu, pada malam tadi diadakan Pertandingan Berzanji yang diadakan di perkarangan masjid FTS.

Pada malam ini pula akan diadakan Ceramah Agama oleh Peserta Imam Muda yang akan diadakan di Padang Awam FTS.

Daripada majlis yang diadakan ini jelas terpapar kesepakatan antara penduduk yang perlu diteruskan dan disuburkan agar warga Felda Trolak Selatan dapat hidup dalam suasan yang aman dan sejahtera. Semoga falsafah " 1 Malaysia 1 Ummah" dapat dihayati dan diamalkan .....


























4 comments:

  1. Selamat menyambut maulidur rasul. Mge dgn ini kita dapat menambah kasih sayang dan cinta kepada BAginda. <3
    Ya Allah, meriahnya. Mge mdapat rahmat dariNya

    ReplyDelete
  2. salam maulidurrasul..selonoknyer tgkk berarak cmtu..meriah!!..^^

    ReplyDelete
  3. Aimifiqa, Tokan & modOri's :

    Terima kasih kerana sudi berkunjung memeriahkan sambutan Maulidul Rasul secara maya ....

    Semoga kita menjadi umatnya yang diberkati... Amin

    ReplyDelete