Followers

Saturday, February 12, 2011

Program Bacaan Yassin ......... SKTS



Program bacaan Yassin ini merupakan aktiviti mingguan di SKTS. Ia bermula jam 7.20 pagi setiap hari Jumaat. Majlis ini dikendalikan oleh beberapa murid yang telah dilantik dengan mengetuai bacaan Yassin serta doa bacaan Yassin.

Pada keseluruhannya, program ini dapat melatih murid membaca Surah Yassin dengan lancar beserta tajwid yang betul disamping menerapkan budaya kepimpinan di kalangan murid. Selain itu adalah diharapkan dengan membaca Yassin ini , semoga dilembutkan hati-hati yang keras, dipermudah menghadapi pelajaran serta mempunyai daya ingatan yang kuat.

Murid-murid juga digalakkan membawa air sewaktu bacaan Yassin ini.

Semoga usaha yang baik ini dapat diteruskan serta mendapat keberkatan daripada Allah swt.


No comments:

Post a Comment