Followers

Friday, February 18, 2011

Program "3 In 1" ......... SKTS



Hari ini, bersempena hari Jumaat yang mulia, suatu program motivasi murid dan ibu bapa telah diadakan di Dewan Suria SKTS. Program motivasi ini merupakan sebahagian daripada Program Peningkatan Kecemerlangan UPSR 2011.

Program bermula jam 8.30 pagi dengan ceramah motivasi kepada murid-murid Tahun 6 yang disampaikan oleh En. Abdul Aziz b. Jamaluddin daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Guru, Ipoh sehingga jam 10.00.

Sementara majlis berhenti rehat, di Bilik Mesyuarat SKTS pula diadakan perjumpaan antara Guru Besar, guru-guru Tahun 6, ibu bapa serta murid-murid Elit seramai 15 orang yang disasarkan untuk mendapat pencapaian kualiti 5A pada tahun ini.

Selain beberapa pandangan dan masalah yang dilontarkan pada perjumpaan ini, majlis juga dengan sebulat suara bersetuju untuk mengadakan Kelas Tambahan Bahasa Inggeris berbayar. Guru yang mengajar untuk kelas ini merupakan guru dari sekolah luar serta yang berpengalaman luas dan diharapkan dengan usaha ini dapat membantu guru-guru sedia ada menyediakan murid untuk mencapai target yang disasarkan.

Motivasi untuk ibu bapa pula bermula kira-kira jam 10.40 dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Semoga usaha murni ini dapat keberkatan daripada ALLAH S.W.T. .........



No comments:

Post a Comment