Followers

Thursday, February 10, 2011

Perutusan Menteri Pelajaran ..... Sempena Tahun Baharu



Bersempena Tahun Baharu , YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah menyampaikan perutusan yang disiarkan secara langsung melalui TV 1. Suatu pekeliling daripada PPD telah dikeluarkan agar pihak sekolah dapat menayangkan siaran tersebut kepada guru-guru dan murid-murid.

Puan Rabina bt Din iaitu guru Pusat Sumber terpaksa berada di sisi TV kerana suara pada awalnya kurang memuaskan. Beliau telah mencatat perkara-perkara penting yang disampaikan dalam perutusan tersebut.



Antara lain yang dapat dicatatkan ialah seperti berikut :

* ucapan terima kasih kepada para guru di seluruh negara kerana guru-guru telah menjalankan tugas mulia serta kasih terhadap kerjaya :
- guru mencipta masa depan yang gemilang.
- keikhlasan guru mendidik hingga murid-murid berjaya.

* 2 insan yang paling penting dalam hidup seseorang iaitu ibu bapa & guru.

* guru perlu melahirkan insan yang mampu bersaing dalam persaingan global.

* pendidikan Sains dan Matematik kini adalah bertaraf dunia.

* Sek. Teknik dan Vokasional penting untuk jadikan Malaysia muncul sebagai negara maju 2020 dan guru-guru mesti berada di barisan hadapan.

* Keikhlasan, dedikasai dan kesungguhan guru akan menjana murid yang cemerlang.

Inisiatif kepada sekolah dan guru yang mencapai prestasi cemerlang :

* sasaran awal 200 orang guru besar dapat anugerah tetapi kenyataannya lebih ramai daripada itu.

* sekarang 20 buah sekolah telah mencaopai status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

*berharap SBT dapat memberi kesan yang baik kepada sekolah lain seperti kerjasama antara SK Brincang dan SK Convent, Taiping yang dapat meningkatkan pencapaian lulus 100% mata pelajarn Sains.

*pada 2009 terdapat 209 buah sekolah Sekolah Berprestasi Rendah (Band 6 & 7) manakala pada 2010 telah berkurangan kepada 140 buah sekolah sahaja.

* LINUS : 85 % menguasai literasi manakala 91 % menguasai numerasi.

* mata pelajaran Sejarah perlu diajar supaya murid dapat mengenal dan faham negara bangsa Malaysia.

(Hasil catatan : Puan Rabina bt. Din)

*

1 comment:

  1. SElamat Hari Guru buat guru2 Trolak selatan..kampungku tercinta..

    ReplyDelete