Followers

Friday, February 4, 2011

XTVT Semasa Cuti .....



Cuti 4 hari bersempena Tahun Baharu Cina memang dinanti-nantikan. Bagi warga kota, inilah peluang untuk menziarahi ibu bapa dan sanak saudara diu kampung atau setidak-tidaknya mengambil angin menghirup udara segar yang jauh daripada kesesakan kota.

Mamun bagi yang telah sedia berada di kampung khasnya bebudak, banyak aktiviti yang tak perlu dirancang dapat dilakukan.

Bagi Cikgu Alming Gimbun yang berasal dari Sabah, masa-masa terluang seperti ini dihabiskan bersama-sama anak-anak buahnya di padang. Bermula jam 8.30 sehinggalah 11.30 pagi, kedengaran riuh rendah jerit pekik murid-murid yang berlatih bermain bola sepak di padang SK. (F)Trolak Selatan.

Beliau menyatakan bahawa jika pasukan bola sepak yang beliau latih berjaya di Kejohanan MSSPK yang akan diadakan, maka itu adalah suatu "Bonus" tetapi apa yang lebih penting adalah masa yang terluang digunakan dengan perkara yang berfaedah serta memupuk minat murid terhadap sukan.





No comments:

Post a Comment