Followers
Wednesday, February 2, 2011
Kehidupan Di Kampung .......
Ini adalah salah satu cara mudah untuk menangkap ikan yang biasa digunakan oleh pesawah ketika air agak dalam. Alat ini dikenali sebagai 'Tempirai' yang diperbuat daripada jaring dawai atau boleh juga digunakan dawai mata punai. Dawai mata punai atau jaring dawai akan dipotong dan dibentuk kepada bentuk empat segi (kiub) atau silinder. Di salah satu bahagian akan dibuat 'injap' yang akan membenarkan ikan masuk tetapi tidak boleh keluar.
Untuk memastikan bahagian atas 'tempirai' ini tidak tenggelam, biasanya akan diikat beberapa biji botol minuman plastik yang bertindak sebagai pelampung. Bahagian atas perlu timbul sedikit bagi membolehkan ikan yang terperangkap bernafas dan tidak mati.
Pesawah hanya perlu meletakkan 'tempirai' ini di mana-mana bahagian di dalam parit atau terusan dan mengangkatnya setelah beberapa jam di tahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment