Followers

Wednesday, February 2, 2011

Kunci Air @ Pintu Air ....



Kunci Air atau juga dikenali sebagai Pintu Air memainkan peranan yang amat penting khususnya bagi para petani atau pesawah. Ini adalah kerana ia digunakan untuk mengawal paras air yang mengairi kawasan sawah. Istilah 'pintu air dibuka' atau 'pintu air ditutup' menentukan bermula atau berakhirnya musim tanaman padi.

Ini adalah pintu air yang terletak bersebelahan rumah Tok Wan saya di Parit 3 Jalan Gula, Simpang Empat Semanggol. Aktiviti selepas musim menuai amat dinanti-nantikan kerana air akan surut dan parit atau tali air menjadi hampir kering membolehkan penduduk sibuk dengan kativiti menangkap ikan. Pelbagai cara digunakan untuk menangkap ikan seperti mengagau, menjala, memukat, menangkul atau memancing.

3 comments:

  1. ayah sy keje JPS dye jage kunci air jugak ^^

    ReplyDelete
  2. Dulu2 menggagau dan aktiviti berikan kat sawah kerja kita...jom pakat balik mancing puyu

    ReplyDelete
  3. wooo.... cam kenal je tempat ni.. he..hee.

    ReplyDelete