Followers

Sunday, August 15, 2010

RIBUT DI PASAR RAMADHAN - MELAKA


Semasa video ini diupload, telah ada beberapa klip video kejadian yang sama di YOUTUBE, tetapi hampir semuanya memaparkan peristiwa selepas kejadian. Namun klip video ini memaparkan dengan jelas keadaan sebelum dan semasa kejadian.

Jika diperhatikan, kejadian ribut puting beliung yang melanda hanya tertumpu kepada kawasan perniagaan pasar Ramadhan berkenaan. Pokok-pokok yang berada disekitar tempat kejadian kelihatan tidak menunjukkan ada berlakunya ribut yang begitu kuat di kawasan berkenaan.
Jadi ia merupakan suatu kejadian yang luar biasa ........... dan apakah ia merupakan suatu bala yang diturunkan oleh Allah sebagai suatu peringatan kepada hamba-hambanya......

Klip video ini dihantar oleh seorang rakan melalui akaun Facebook saya..... diharap perkongsian ini akan menginsafkan kita tentang kebesaran Allah.......

FIKIR-FIKIRKAN......... (1)

- bala yang diturunkan oleh Allah bukanlah sesuatu yang sia-sia, namun ia merupakan suatu peringatan agar kita sebagai hambaNya bermuhasabah diri tentang apa yang telah kita lakukan berkemungkinan ada yang menyalahi hukum dan syariat Islam.

- bala tidak diturunkan kepada orang-orang yang kufur dan engkar sahaja tetapi meliputi seluruh masyarakat yang ada di situ tidak kira sama ada yang beriman atau tidak.

FIKIR-FIKIRKAN .......... (2)

BERNIAGA ........ PELARIS .......... PENDINDING ........ merupakan suatu yang lumrah dapat didengar yang dikaitkan dengan Peniaga Melayu khasnya.

Seorang kawan yang telah berhenti berniaga makanan di gerai terbuka beralih arah kepada menjual makanan di kantin sekolah sahaja dek kerana tiada PELARIS DAN PENDINDING.

Beliau bernah berkata kepada saya ; "Aku ingat kalau nak berniaga gerai makan yang penting makanan mesti SEDAP dan kedua peramah dengan pelanggan. Tapi sebenar itu tak cukup... kalau tak ada PELARIS DAN PENDINDING yang kuat, jangan harap kita dapat bersaing dengan orang lain. Gerai saya hampir sebulan tiada pelanggan. Ada yang kata saya tak buka gerai pada hal setiap hari saya berniaga....... dua tiga kali saya dah berikhtiar dengan orang yang pandai buat PENDINDING tapi tahan la sebulan dua .... lepas tu jadi balik...... la ni saya berniaga kat kantin je .... senang orang lain tak kacau ......."

FIKIR-FIKIRKAN ........... (3)

Apakah amalan PELARIS DAN PENDINDING ini juga ada diamalkan di pasar-pasar Ramadhan seperti ini untuk melariskan perniagaan justeru untuk mendapatkan keuntungan yang lebih....
Jika ada ..... adakah ia selaras dengan kehendak Agama dan tidak menyalahi hukum syarak .......
sebagai contoh dengan membaca doa ayat SERIBU DINAR atau apakah ia menggunakan pelbagai mentera yang tidak pasti akan maksudnya atau menggunakan pelbagai jenis tangkal dan rajah dan mungkin ada juga yang menggunakan air mandian jenazah.......

Jika mahu dibincangkan bab ini seluas-luasnya sudah pasti ruang yang terhad ini bukanlah medan untuk tujuan itu ...... namun apa yang pasti, ia sudah menjadi suatu yang agak lumrah bagi masyarakat Melayu .........

KESIMPULAN :

1. Bukanlah saya bermaksud bahawa kejadian yang berlaku adalah bala daripada perbuatan seperti yang saya sebutkan di atas ...... namun ia suatu peringatan untuk hambaNya yang mahu berfikir......
2. Jika kita mahu kaya ... ada pelbagai cara boleh kita lakukan .... tetapi adakah ia selaras dengan syariat Islam ....... ingatlah bahawa "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"
3. Semua manusia ada melakukan dosa tetapi sebaik-baik manusia ialah apabila dia melakukan dosa, dia segera bertaubat ...... Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Wallahuaklam ......

5 comments:

  1. satu ingatan dri ALLAH,supaya kte sme2 ambil iktibar...
    bgi yg dapat melihat dgn mate hati,alhamdulillah..
    bgi yg tidak,berusahalah ke arah itu...

    ReplyDelete
  2. niat meniaga itu juga perlu dibetulkan....kerana Allah atau nak mengaut untung semata2 kan.....

    ReplyDelete
  3. Mudah mudahan hal ini mengingatkan kita tentang cara cara niaga menurut syariat agama Islam... dan kita mematuhinya.. Peace :)

    ReplyDelete
  4. Kemungkinan besar jugak tu jadi punca.
    Banyak kali sembang dengan kawan2 yang berniaga pun selalu dengar kata diorang kena kacau dengan gerai2 sebelah. Competitive sungguh business kat Malaysia kalau macam tu

    ReplyDelete
  5. تفکر ساعة خير من عبادة سنة

    ReplyDelete