Followers

Saturday, August 7, 2010

CUBA, TRY, TEST, TENGOK ..... BHG. 2

Seperti yang dijanjikan, entry kali ini , saya akan berkongsi cara-cara membuat roti jala atau roti kirai;

Bahan-bahan :

- 500 gram tepung gandum
- 750 ml air
- sebiji telur ayam
- Pewarna Kuning Telur (Star Brand)
- 1 sudu makan minyak masak
- garam halus

Cara-cara penyediaan :

- Masukkan 500 g tepung ke dalam bekas yang bersesuaian
- Masukkan sebiji telur ayam
- Masukkan air sedikit demi sedikit (750 ml) dan kacau
- Masukkan 2 titik pewarna (Kuning Telur) dan sesudu makan minyak masak dan sedikit garam
- Kacau adunan sehingga rata

*** Untuk memastikan adunan rata dan halus .... masukkan ke dalam Blender dan adun selama 30 saat......

Kini adunan tadi telah sedia untuk dikirai dengan menggunakan acuan kirai yang sesuai.

SELAMAT MENCUBA ........



6 comments:

  1. hmm..bukan senang nak menjala...kena ada skill...kalau tak, jala koyak..huhu

    ReplyDelete
  2. boleh try ni..thanks for sharing bro..hehe

    ReplyDelete
  3. xsusah kan utk membuat rOti jala!...=)....sgt suka =)

    ReplyDelete
  4. wahh!!!!nampak mudah jak..tapi belum tentu senang bila nak membuatnya kan...anyway..thanks kongsi..

    ReplyDelete
  5. sedapnye...nak try la nanti...thanks sharing...:)

    ReplyDelete