Pernah suatu ketika, saya bersama-sama 2 orang rakan saya ingin ke Penang dengan menaiki Kereta Api Malam. Kami menaiki kereta api pada kira-kira jam 9.00 di Stesen Sungkai. Keadaan kereta api terlalu sesak. Seorang daripada kawan saya hanya dapat berpaut di pemegang pintu kereta api sahaja dengan sebelah kaki di dalam kereta api dan sebelah lagi di luar tangga kereta api.
Di dalam gerabak , ruang pejalan kaki dipenuhi dengan penumpang yang tidur beralaskan surat khabar. Keadaan agak panas dengan bau yang kurang enak ditambah lagi bunyi tangisan kanak-kanak.
Akhirnya kami bertiga terpaksa membatalkan rancangan bercuti ke Penang dan terpaksa turun di Stesen Tapah Road memandang kawan saya sudah tidak mampu untuk terus berpaut pada pemegang pintu kereta api. Jika difikir-fikirkan ia tidak ubah seperti penumpang kereta api di India pada masa kini.............
########************##########***********#########**********########*********
Gambar di bawah diambil ketika anak sulung saya turun dari kereta api di Stesen Sungkai dari Ipoh semasa cuti sekolah bersempena Cuti Nuzul Quran hari ini. Walaupun kali pertama, daripada riak wajahnya menjelaskan bahawa perjalanan yang dilalui tidaklah seperti apa yang saya alami kira-kira 20 yang lalu...........
sy cuma naek keretapi mase nk blk kelantan je..
ReplyDeletetp sy sgt suka menaikinya..
walaupun lama..tetapi best..
bila datang ke tempat org...(semenanjung malaysia)..baru lah merasai naik keretapi.
ReplyDeleterindu kt keretapi...lama tak naik balik kampung..
ReplyDeletebelum pernah bpeluang tuk naik keta api
ReplyDeleteteringat stesen ketapi tjg malim!
ReplyDelete