Followers

Thursday, August 12, 2010

ANTARA TARAWIH DAN TAWARIKH ........

Dengan munculnya bulan Ramadhan yang mulia ini, dua ungkapan di atas sering menjadi ungkapan sinis bagi sesiapa yang pernah melalui zaman persekolahan yang menggunakan buku seperti gambar di atas.... Ungkapan yang dimaksudkan ialah " Awak ni sembahyang Tarawih ke sembahyang Tawarikh?" suatu ungkapan dalam bentuk pertanyaan sinis untuk kanak-kanak (biasanya) yang main-main ketika sembahyang Tarawih pada bulan puasa.

Bagi generasi muda kini, perkataan Tawarikh mungkin asing buat mereka.... namun yang bersekolah rendah era 80-an, buku ini dan mata pelajaran Tawarikh adalah sesuatu yang lumrah buat mereka.

Tawarikh bermaksud Sejarah. Jadi buku Tawarikh ini ialah BUKU SEJARAH bagi mata pelajaran Sejarah. Pada masa kini mata pelajaran Sejarah telah diserapkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan yang di dalamnya terkandung isi mata pelajaran Sejarah dan Ilmu Alam. (Sejarah dan Ilmu Alam merupakan subjek yang diajar di sekolah rendah era 70-an dan 80-an)

Jika dibandingkan isi kandungan pelajaran, era 70-an dan 80-an aras pembelajarannya jauh lebih tinggi jika dibandingkan isi pelajaran sekarang. Sebagai contoh :

Isi Pelajaran Tawarikh : meliputi sejarah Tanah Melayu sehingga terbentuknya Malaysia, sejarah Negara Indonesia, Filipina, Siam, China, dan beberapa negara Asia yang lain.

Isi Pelajaran Ilmu Alam : antaranya Ilmu Alam Malaysia, Tanaman Gandum di Preiri, Lombong Arang Batu di Rhur (Jerman), Pembalakan di Kanada, Kilang Kereta di Detroit, Dll.


3 comments:

  1. Ingat lagi perkataan tawarikh, zaman 80-an dulu rasanya ada lagi buku-buku rujukan guna perkataan ni.

    ReplyDelete
  2. sempat pakai buku tu time kecik2 dulu

    ReplyDelete
  3. Mungkin pasal tu kita generasi 80-an lebih mengenali sejarah berbanding bebudak generasi millinium ni....

    ReplyDelete