Followers

Sunday, July 25, 2010

JANGANN SILAP DI "GM" .........


Minggu ini saya berkesempatan berkunjung ke Pusat Pemborong GM Klang. Bersama-sama 2 orang rakan setugas, kami sampai di sini pada jam 4.00 petang setelah memandu selama dua setengah jam dari tempat operasi dengan melalui Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Guthrie dan Lebuhraya Kesas.

Bukanlah niat saya untuk membuat promosi dan iklan percuma tentang "GM" tetapi lebih kepada tips untuk berbelanja di sini.. (melalui pengalaman di "GM...) ;

1. Kedai-kedai yang terletak di dalam Pavillion akan ditutup antara jam 6.00 - 6.30 petang.
2. Barangan hanya akan dijual dengan harga yang agak murah jika dibeli secara borong.
3. Oleh itu, berkongsi dengan rakan-rakan membeli barangan yang sama secara borong untuk mendapatkan harga yang murah.
4. Sesuai untuk peniaga dan peruncit .......

Peringatan : Jangan sekali-kali membeli barangan secara runcit (satu-satu item)... ketika mahu membeli , katakan anda mahu membeli secara borong...... jika tidak, tempat lain mungkin lebih baik untuk anda berbelanja......



Antara barangan yang dibeli. Jika satu , harganya RM 290.00 ++,tetapi jika harga borong untuk 3 buah hanya +- RM 330.00 sahaja.



Dalam perjalanan pulang kami telah berhenti di hentian R&R Lebuhraya Guthrie untuk menikmati Sate Kajang Hj. Samuri......
..... WOW Memang Best ...... pasal perut dah lapar sangat.....

5 comments:

  1. tak pergi lagi ke GM. adik dah sibuk mengajak..anyway, tq 4 the tips..
    tapi sate kajang, kuahnya tak boleh nak lawan kat mana2 lagi..sate yang lebih sedap drpadnya..dah jumpa

    ReplyDelete
  2. Rsanya betullah... belum ada yg boleh kalahkan kuah sate kajang...

    ReplyDelete
  3. nak borong baju raya ada tak kekekeke

    ReplyDelete
  4. Ziarah.

    wah, biar betul 3 330, 1 290.

    macam jauh gle, byk untuk kalau beli 3. hehe. btw,saya blm pnh g situ, kena tunggu balik Malaysia lah, kalau ada masa blh usha2 gak.

    thanks info ni :)

    Affan's latest entry: "Nasihat yang menambahkan dosa!"

    ReplyDelete
  5. Cik Omey : Saya dimaklumkan GM di Chowv Kit, KL merupakan GM terbesar di Asia..... di situ lagi banyak pilihan... kat Klang ada jual baju raya... kat situ pun lagi banyak kot...
    Affan Ruslan : Memang... saya sendiri pun tak caya... saya bcadang nak beli 5 buah (kongsi2 ngan kawan) tapi yg ada cuma 3 jer lagi...Saya ada banyak koleksi GM yg murah giler2...(jika dibandingkan ngan harga pasaran).. kebetulan kawan rapat memang berniaga barangan mcm tu... jadi beli tumpang dia....

    ReplyDelete