Followers

Saturday, July 3, 2010

DARI FTS KE TANGKAK ..............

Hujung minggu ini dihabiskan dengan tugasan di luar kawasan iaitu di Tangkak , Johor. Bertolak dari tempat operasi jam 5.30 petang dan sampai di Tangkak jam 10.00 mlm.
Menginap di D'Anjung Inn, Tangkak bersama-sama krew Tinta Akademik yang sampai lebih awal.
Sempat juga menikmati makan malam bersama-sama kekawan sambil menonton FIFA World Cup Soccer dengan kekalahan tragis Brazil di tangan pasukan Belanda ... 2-1...




Seminar Pendidikan diadakan di 2 buah dewan kuliah Kolej Matrikulasi Ledang, Tangkak.
Perasmian disempurnakan oleh YB. IR. Hj. Hamin b. Samuri, Ahli Parlimen Ledang (Tengah).





Majlis turut dihadiri wakil PPD. Daerah Muar, Guru-Guru Besar dan guru-guru.

Seramai 555 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Tahun 6 sekolah-sekolah dalam Daerah Muar telah mengambil bahagian dalam seminar 2 hari ini.






Turut memberikan ucapan mewakili rakan-rakan di Tinta Akademik Enterprise.
Kali ini orang kuat tak boleh hadir sama kerana terpaksa menghantar anak mendaftar di UNIMAP. Jadi terpaksalah jadi pengganti........













Akhir sekali sebelum balik menginap di D'Anjung Inn... saya dan kekawan singgah di sebuah gerai bersebelahan Pejabat Pos Tangkak untuk menikmati "Mi Bandung Muar" yang terkenal di sini. Cadang nak ambil pic waktu hidangan sampai.... tapi dek kerana aroma yang begitu menyelerakan... terus bedal ..... dah licin beru teringat nak ambil pic .... jadi inilah yang tinggal ....... eeeemmmmm ...... nak rasa mai la sini.......

No comments:

Post a Comment