Hujung minggu kali ini saya ada sedikit kelapangan memandangkan tugasan di luar kawasan di batalkan. Masa yang amat berharga ini saya gunakan dengan membawa keluarga ke Putrajaya untuk meninjau kemeriahan Festival Bunga dan Lanskap "FLORIA PUTRAJAYA 2010" yang diadakan di persekitaran "Waterfront" di Presint 2.
Hari ini merupakan hari ke-2 ia diadakan yang dijadual akan berlangsung hingga 20 Julai 2010.
Kami sampai di tapak festival kira-kira jam 10.00 pagi namun tempat letak kenderaan sudah hampir diisi dengan kenderaan pengunjung yang datang lebih awal.
Kami hanya dapat melawat dan melihat pameran pelbagai jenis bunga hiasan yang diadakan diluar memandang cubaan sebanyak dua kali untuk memasuki ruang pameran tertutup gagal kerana pengunjung terlalu ramai. Hanya yang sanggup berbaris panjang di bawah terik matahari sahaja yang berpeluang masuk.
Hanya beberapa klik gambar yang dapat saya postkan untuk tatapan bersama namun ia jauh sekali dapat menggambar situasi sebenar betapa meriahnya festival tersebut.
best nampak pameran bunga itu. :)
ReplyDeletetinta sempat pergi tengok floria 2009..hehe..even panas tapi tinta gagah jugak dgn adik2..hehe
ReplyDeleteEn. Amirul & tintabiru : Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini dan menulis komen.....
ReplyDeletetintabiru : lain kali kena pergi waktu petang.... redup sikit....