Followers

Saturday, July 17, 2010

KENANGAN MENGUSIK JIWA : 1993 - 2010

Kampung Parit 3, Jalan Gula, Simpang Empat, Bagan Serai, Perak.....

Gambar ini saya lukis pada tahun 1993 (17 Tahun Yg Lalu). Saya bukanlah seorang yang pandai melukis apatah lagi bermain dengan warna. Namun saya amat berminat dengan apa saja bentuk lukisan.
Lukisan yang berukuran poskad (17cm X 9cm) ini telah saya hadiahkan kepada seseorang yang sungguh bermakna buat saya. Saya tidak menyangka lukisan yang saya hadiahkan 17 tahun lalu masih disimpan dengan baik.
Pada hari Jumaat yang lalu, saya sekeluarga berkesempatan untuk pulang ke kampung menziarahi keluarga di sana. Ketika melintasi kawasan ini, kenangan bersama-sama atuk di rumah ini terus menjelma. Namun apa yang tinggal hanyalah tapak rumah yang kini dijadikan sawah bendang. Beberapa snap gambar suasana terkini menunjukkan suasana dan lanskap telah jauh berubah ....... Namun segalanya menjadi kenangan yang sentiasa akan mengusik jiwa ......






8 comments:

  1. kadang bila teringatkan masa lalu ingat pula waktu zaman kecik2 dulu. mcm juga rumah nenek seri kat kg sg kerawai tinggal tapak je. nostalgia zaman kanak2 memang susah nak di lupakan.

    ReplyDelete
  2. Betul la Cik Seri. Itu belum lagi cerita pasal menangguk dan mengagau ikan. Apa yg kita lalui dulu kalau cerita kat anak2 entahlah depa dapat bayang ke tak....

    ReplyDelete
  3. Tumpang menyampuk...Sekarang ni bukan kta menggagau atau menangkul...Kalau tunjuk gambar jamban kat luar rumah pun budak2 dah pelik...hehehe

    ReplyDelete
  4. fuh,teringt bendang kampung,gagau nye gagau
    kepala ular dpt he he,kenangan,sampai kaki bersisik,,hu hu

    ReplyDelete
  5. hari tu blk kpg sempat menangkul dan mengail saja..seronok betul, tak blh lupa...bestnye

    ReplyDelete
  6. Aur :betul tu... jarang jumpa tandas kat luar..
    Sebelas : khabar baik... waras haja...
    Azremy : kenangan yg sama... sebelum pi sekolah klu kaki bersisik , sapu ngan minyak rambut jer.. hehehe..
    sweetsal : saya sebut menangkoi... memang best..

    ReplyDelete
  7. Rindu betul dengan suasana kampung yang pure kann..skang kampung pun dah maju...

    ReplyDelete