Followers

Thursday, July 8, 2010

HARI PENEROKA 2010 - Peringkat Kebangsaan


Semalam, 7 Julai 2010 merupakan hari yang bersejarah khusus untuk para peneroka kerana sambutan Hari Peneroka Peringkat
Kebangsaan telah dilangsungkan di perkarangan Maktab Rendah Sains Mara (Felda) , Felda Trolak Jaya, Sungkai, Perak. Majlis telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Najib Tun Hj. Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia.


Saya amat terkilan kerana tidak dapat sama-sama menghadiri majlis berkenaan walaupun jarak dari tempat saya beroperasi hanya mengambil masa kira-kira 5 minit perjalanan sahaja. Ini adalah kerana kekangan tugas.
Walau bagaimanapun saya sempat merakamkan beberapa snap gambar dari dalam kenderaan yang dipandu ketika melalui tempat berkenaan ke tempat saya bertugas.














Ini adalah pandangan jauh MRSM (F) yang menjadi lokasi sambutan majlis berkenaan. Kelihatan 2 khemah besar yang didirikan di atas padang yang dapat memuatkan kira-kira 20 ribu pengunjung. Selepas merasmikan sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan, Perdana Menteri seterusnya merasmikan pula Kompleks MRSM (F) yang telah setahun siap dibina. Ia merupakan sebuah kompleks pendidikan menengah yang tercanggih di Malaysia dengan segala kemudahan yang terkini.
Pada majlis yang sama juga,Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) telah disampaikan kepada FELDA Keledang, Kota Tinggi dengan hadiah wang tunai sebanyak RM1 000 000. Anugerah ini merupakan anugerah tahun ke-3 ia diberikan kepada perkampungan Felda terceria peringkat kebangsaan.

No comments:

Post a Comment