Apakah sebenarnya Planet X atau Planet Nibiru :
Perlanggaran Nibiru atau tabrakan
Nibiru merupakan pertemuan Bumi dengan
objek planet besar (sama ada perlanggaran ataupun hampir-hampir berlanggar)
yang dipercayai sesetengah pihak akan terjadi pada awal abad ke-21. Penganut
peristiwa ini menyebut objek yang mendekati Bumi itu sebagai Planet X atau Nibiru.
Idea
ini pertama kali diusulkan oleh Nancy Lieder tahun 1995. Lieder menyatakan
dapat menerima pesanan dari makhluk ruang angkasadari sistem Zeta
Reticuli. Ia memperingati manusia bahawa benda tersebut akan
melewati Sistem Suria pada Mei 2003 (kemudiannya diubah menjadi 2010),
menyebabkan pergeseran kutub bumi yang
akan menghancurkan peradaban umat manusia. Ramalan perlanggaran ini menyebar di
luar laman sesawang Lieder ZetaTalk,
dan dipercaya oleh kumpulan-kumpulan yang menghubungkan perlanggaran Nibiru
dengan ramalan kiamat 2012. Walaupun
nama "Nibiru" berasal dari karya Zecharia Sitchin mengenai astronaut kuno, Sitchin
sendiri membantah hubungan antara karyanya dengan bencana yang akan datang.
Usul
bahawa objek sebesar planet akan melanggar Bumi pada masa depan tidak didukung
oleh bukti ilmiah dan dianggap sebagai pseudosains. Namun, ketakutan akan
perlanggaran Nibiru menyebabkan kerisauan pada penduduk awam.
Penafian Kerajaan :
Tiada bukti sahih Planet Nibiru akan langgar bumi pada 2012
Kerajaan hari ini
menafikan dakwaan bahawa sebuah planet yang dikenali Planet X atau Planet
Nibiru akan berlanggar dengan bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun
2012.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, hasil pencerapan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) mendapati tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, hasil pencerapan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) mendapati tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru.
Pandangan Islam :
Penjelasan
Dan Kepastian Planet x (nibiru) 2012 Dalam Islam Dan Hadis Palsu
Dari
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bila
telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan
itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau
menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat,
akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang
berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat
di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh
pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah
pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian,
sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka
bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus,
Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan
hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan
binasa". (Al Hadis)
INI JAWAPAN DARI JAKIM
Hadith
ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh
langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara
meluas
Salah
seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai
ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam
Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah
Munkar.
Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; "Tidak boleh
seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang
kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang
dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab
bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia
juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.
Begitu
juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam
Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).
Wallahu
a'lam...semoga kita berhati2 dgn
hadith2 seumpama ini..dan
menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...
Wassalam...
Bahagian
Penyelidikan JAKIM
Cawangan
Akidah,
P.P
(T.T)
Tanda-Tanda Hampirnya Kiamat :
Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan
suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula
dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.
Tanda-tanda besar
§ Hijaunya
bumi Arafah.
§ Lahirnya
ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni
dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
§ Keluar
sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
§ Keluar
asap tebal dibumi Hijaz.
§ Munculnya
nabi-nabi palsu yang ke 40.
§ Berlaku
perang besar di kawasan Kaukasus.
§ Runtuhnya Kaabah akibat
diserang oleh orang Habsyah.
§ 3 kali
gempa bumi.
§ Bermulalah
kekuasaan Dajjal.
§ Munculnya Imam Mahdi.
§ Turunnya Nabi Isa a.s.dan membunuh Dajjal.
§ Keluarnya
suku Yakjuj dan Makjuj.
§ Diangkat Al-Quran dan
ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
§ Matahari
terbit dari ufuk barat.
§ Terdengar
tiupan sangkakala pertama, kedua
Wllahuaklam .....
No comments:
Post a Comment