Ikuti
fakta-fakta kekejaman Israel di Bumi Palestin:
- Langsung tidak masuk akal,
tetapi itulah realitinya pada hari ini apabila umat Islam yang setiap kali
hendak beribadat dan solat lima waktu di Masjid Al-Aqsa, rejim Israel akan
mengenakan cukai sembahyang AS$7 (kira-kira RM21) sekepala. Jika tidak,
mereka dengan gembira akan menghalau umat Islam daripada memasuki masjid
tersebut.
- Apabila sekatan demi sekatan
mereka kenakan, akhirnya Masjid Al-Aqsa tidak lagi dikunjungi oleh umat
Islam kerana tentunya mereka tidak mampu untuk membayar cukai yang tidak
masuk akal itu. Akhirnya apabila tiada lagi umat Islam ke masjid itu, ia
akan dijadikan alasan oleh rejim Israel untuk mengambil alih dan
seterusnya merobohkan masjid tersebut untuk dibina Kuil Haikal (Solomon
Temple) yang kononnya terletak di tapak Masjid Al-Aqsa tersebut.
- Selama 64 tahun terbentuknya
negara haram Israel dan 45 tahun Baitulmaqdis dijajah oleh rejim angkuh
itu, pelbagai bentuk tindakan kurang ajar dan biadap dilakukan ke atas
tempat-tempat suci dan rumah-rumah ibadat terutamanya milik Islam dan
Kristian.
- Perlu disedari, ketika
berlakunya Perang 1948 itu, Israel mengusir keluar lebih daripada 800,000
penduduk Palestin dengan 100,000 daripada mereka adalah beragama Kristian.
- Rejim itu turut memusnahkan 492
perkampungan asal Palestin, 480 masjid dengan 14 buah masjid ditukar
menjadi kilang, kelab-kelab hiburan dan kandang ternakan haiwan.
- Manakala 410 tanah perkuburan
Islam lama dan baru dibongkar dan diratakan yang kemudian menyaksikan
mereka mendirikan pelbagai premis di atas tapak kubur tersebut.
- Hotel Hilton di ibu negara
Israel, Tel Aviv misalnya, didirikan di atas tanah perkuburan Islam Abed
An Nabi.
- Tanah perkuburan Mamilla
dipercayai wakaf perkuburan milik orang Islam Palestin yang terletak di
tengah-tengah bandar Baitulmaqdis telah bertukar menjadi hotel mewah. Reka
bentuk Hotel Mamilla disifatkan sebagai yang terhebat bertaraf dunia .
- Bayangkan apa dosa sebuah tanah
perkuburan yang berusia ratusan tahun penduduk Palestin dirobohkan dan
dilenyapkan. Lalu tergamak didirikan segala macam premis bangunan.
Sedangkan, mereka boleh dirikan di atas tanah lain tanpa perlu membongkar
kubur-kubur lama tersebut. Alasannya, kubur-kubur tersebut tidak ada
permit dan tiada siapa boleh mempersoalkan kewajaran tindakan rakus mereka
itu.
- Hak mereka sebagai penduduk
pribumi dinafikan tanpa ada sebarang kompromi, jauh sekali belas ihsan.
Sekali gus menjadikan Baitulmaqdis, bandar yang penuh dengan tekanan.
- Rakyat Palestin tidak seperti
orang luar yang bebas bergerak ke mana sahaja. Mereka perlu melalui check
point yang terlalu banyak. Ada kawasan-kawasan tertentu yang tidak
dibenarkan untuk mereka masuki ataupun melaluinya. Jadi rakyat Palestin
terpaksa berpatah balik dan melalui jalan lain.
- Bukan itu sahaja, bagi mereka
yang bekerja di Baitulmaqdis, permit kerja yang dikeluarkan sangat susah
sehingga setiap maklumat perlu diperincikan termasuklah tempoh masa
bekerja. Jika tertera masa bekerja bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang,
mereka akan dihujani dengan pelbagai soalan oleh pegawai di check point
sekiranya tiba melepasi waktu itu.
- Boleh dikatakan hampir setiap
10 meter perlu melalui pemeriksaan askar Israel dan lelaki yang berusia 10
sehingga 40 tahun, langsung tidak dibenarkan masuk ke masjid itu.
- Pembinaan tembok-tembok pemisah
yang didirikan Israel juga jelas menunjukkan berlakunya rampasan tanah
rakyat Palestin. Mereka bina tembok itu sehingga masuk ke dalam kawasan
milik rakyat Palestin. Selain memisahkan penempatan rakyat Palestin ia
juga memaksa mereka berpusing jauh untuk ke sekolah dan hospital.
- Kesemua tindakan biadap Israel
itu merupakan untuk menyahudikan seluruh Baitulmaqdis dengan memadamkan
ciri-ciri asal kota suci yang merupakan pusat agama, budaya dan kesenian
tiga agama sejak dahulu lagi.
- Usaha tersebut bertambah rancak
dengan membawa masuk seramai mungkin pendatang-pendatang haram Yahudi dari
seluruh dunia untuk ditempatkan di sekitar Baitulmaqdis.
- Penempatan itu kini telah
meliputi kawasan seluas 112.13 kilometer persegi atau 47.7 peratus dari
kawasan Kota Al Quds yang dikelilingi oleh Tembok Pemisah yang kini telah
menempatkan 236,480 pendatang Yahudi.
- Ia melebihi penduduk asal
Palestin yang kini tinggal seramai 151,423 yang terkepung di dalam kawasan
tembok tersebut.
MAHMUD Samouni, seorang remaja
Palestin berusia 15 tahun mempunyai episod sedih yang cukup menyayat hati
apabila menyaksikan sendiri kekejaman rejim Zionis membunuh adik, sepupu dan
bapa kandungnya di Palestin. Beliau semalam mewakili kanak-kanak Gaza meluahkan
rasa kecewa dengan memegang sepanduk mempersoalkan mengapa kekejaman Israel
berlaku lagi, di hadapan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak,
Kuala Lumpur.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121121/dn_08/Remaja-Palestin-tampil-tentang-kekejaman-rejim-di-pejabat-Kedutaan-Amerika-Syarikat#ixzz2CoJJpfi6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121121/dn_08/Remaja-Palestin-tampil-tentang-kekejaman-rejim-di-pejabat-Kedutaan-Amerika-Syarikat#ixzz2CoJJpfi6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Semoga tragedi di Palestina segera teratasi.
ReplyDeleteAminnn ....
ReplyDelete