Para saintis telah mengkaji tentang kisah Nabi Musa membelah
Laut Merah ketika dikejar dengan Firaun. Hasil kajian mereka membuktikan bahawa
memang benar peristiwa itu berlaku mengikut hukum fizik.
Melayukini.net – Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut | Seperti yang kita maklum, di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah
selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan
tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah. Ayat 50 surah
al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya. Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut
Merah untuk Nabi Musa. Mereka mengkaji tetapi mereka tidak
beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah
apabila tiba nabi akhir zaman, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak
berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak
ajaran Taurat lain.
Apa beza dengan umat Islam yang
berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah
mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain
puasa?
Imam Muslim meriwayatkan
daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi
berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu
puasa ini?’
Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari
mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan
Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura
sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’
Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih
berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan
para Sahabat berpuasa juga.
At-Tirmizi berkata:
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)
Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.

Lakaran artis menunjukkan angin
kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan)
‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.
Saintis-saintis di AS membuktikan
kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab
suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar.
Satu kajian oleh sepasukan
penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera
Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang
mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu
merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan
Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi
komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua
melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j)
selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu
membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer
kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup
semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin
tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar
4.8m.
Sejurus selepas angin timur reda,
air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan
disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi
Allah maha besar ;)
ReplyDelete