Followers

Saturday, January 15, 2011

CAMERON HIGHLAND 2 ..... Siaran Tertunda ..

Bersempena cuti persekolahan yang panjang, keluarga Hj. Mat Noor telah mengadakan percutian keluarga ke Cameron Highland. Kami menginap di dua tempat iaitu di Star Regency Hotel and Apartment di Brincang dan di Tanah Rata. Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam. Abah dan mak menginap di Tanah Rata kerana pada masa itu keadaan di Brincang sangat sejuk kerana angin bertiup kencang. Abah dan mak juga terpaksa pulang awal iaitu pada hari kedua kerana tidak tahan keadaan yang sejuk pada waktu malam.

Pada hari ketiga, sebelum bergerak pulang kami sempat berkonvoi mendaki Gunung Brincang. Walau bagaimanapun kami hanya bergerak separuh jalan kerana keadaan jalan yang semakin curam dan kami mengambil keputusan membatalkan perjalanan hingga ke puncak.

Sesuatu yang paling menarik berada di Brincang ialah apabila berjalan-jalan di Pasar Malam Brincang yang menjual pelbagai produk yang kebanyakannya tidak terdapat di tempat lain.

Lokasi pasar malam ini hanya di bawah hotel tempat kami menginap.








No comments:

Post a Comment