Followers

Tuesday, January 18, 2011

JASAMU DIKENANG ...... SKB3

Pada hari ini, 18 Januari 2011 merupakan hari yang bersejarah buat saya. Inilah kali pertama suatu majlis dibuat khas untuk saya kerana saya telah berpindah dan bertugas di sekolah lain. Setelah 20 tahun mengajar di SKB3 akhirnya permohonan bertukar ke kampung sendiri diluluskan dan termakbullah hajat saya.

Lebih separuh daripada usia saya berada dan berkhidmat di SKB3. Setelah berada sekian lama di sini, sudah pasti berat hati untuk berpindah lebih-lebih lagi rakan-rakan setugassaya anggap seperti adik-beradik dalam sebuah keluarga yang besar.

Kepada rakan-rakan SKB3, sebenarnya bukan mudah untuk saya menghadapi saat-saat seperti ini. Saya sentiasa bermohon kepada Allah agar memberi saya kekuatan untuk hadir pada majlis yang diadakan lebih-lebih lagi dapat berucap di hadapan rakan-rakan sekalian. Terlalu banyak kenangan manis yang tidak mungkin saya lupakan.

Keakraban dan semangat kerjasama yang jitu selama bertugas di SKB3 menjadikan masa berlalu begitu pantas. Sedar-sedar sudah 20 tahun 5 bulan 24 hari saya berada di sini. Bayangkan pada masa mula-mula sampai di Besout : tiada jalan bertar , tiada bekalan elektrik malah air untuk kegunaan harian dibekalkan oleh lori tangki yang mengisi air ke dalam tong drum yang diletakkan di tepi jalan. Namun semua itu tidak mematahkan semangat untuk terus berkhidmat di sini.

Pembangunan di sini berlaku di depan mata seiring dengan kejayaan murid-murid yang dulu pernah menjadi murid saya.Kepada Cikgu Rafizan, Cikgu Harda, Ustazah Norhashimah, Cikgu Azmin, Cikgu Zahrani, Cikgu Azlin, Cikgu Siti Salbiah , Ustaz Badrul Nizam, Cikgu Mazrehan, Cikgu Norizan, Cikgu Sarimah, Cikgu Norazlina, Cikgu Melor Salijar, Cikgi Ridzuan dan seorang lagi Ustazah (maaf lupa nama) sesungguhnya Cikgu amat berbangga dan bersyukur kerana kalian adalah antara murid-murid Cikgu yang berjaya.

Juga kepada rakan-rakan seangkatan (20 tahun++) yang masih menabur bakti di SKB3 seperti Cikgu Abas, Tn. Hj. Roslan, Ustaz Badrul, Cikgu Jamri dan Cikgu Shaberi, teruskan perjuangan anda. Kepada yang lain juga: Pn. Rafizan, Pn. Mazlina, Pn. Munirah, Pn. Zuraida,Pn. Wan, Cik Harda, Cik Suria, Pn. Norhashimah, Cik Erma, Ustaz Dusuki, En. Zainuddin, En. Affendi, En. Hasrul, Pn. Suzanawati, Cik Norsiah dan En. Zulkapili ..... budi baik kalian hanya Allah yang layak membalasnya.

Kepada para pentadbir SKB3 : En. Sulaiman Nordin (GB), En. Abas Saman (PK1), En. Mas'uddi (PK Koko) ... terima kasih atas kepercayaan dan tunjuk ajar yang diberikan.

Kepada Tn. Hj. Mat Tajuddin Jailani (bekas PK HEM) dan Pn. Suhaili yang turut berpindah, saya ucapkan selamat bertugas di tempat yang baharu.

Rakan-rakan di pejabat : En. Rosli dan En. Arifbillah... ucapan ribuan terima kasih ....

Tidak lupa kepada guru-guru yang baru menjadi ahli keluarga SKB3 iaitu Cikgu Shikin, Cikgu Nik dan Cikgu Shahir .... saya pasti kehadiran kalian amat dialu-alukan.

Akhir kata buat rakan-rakan .... ampun dan maaf dipohon seandai terdapat salah dan silap, tingkah laku yang kurang menyenangkan dan tutur kata yang mungkin menyinggung perasaan.
Juga minta dihalalkan jika ada yang termakan dan terminum. Saya doakan semoga kita sentiasa beroleh keberkatan di dunia dan akhirat. Amin ....

Sekian ......





























2 comments:

  1. ala cikgu rafie dah pindah ke trolak ke???
    rindunye cikgu (T__T)
    terime kasih sebab banyak mngajar ana..
    daripade tak terror BM dah bleh jd cikgu kot nnti..hihi

    recent post : |maksud tersirat pelekat P|

    ReplyDelete
  2. Bertemu dah berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata di hati x lupa. Felda Besout banyak mendewasakan saya dan kita....tuan juga banyak berjasa pada saya. Masih lagi dalam ingatan bagaimana tuan dan rakan2 lain sprt Cikgu Hamedan, Bakaq,Wak Keni, Pak Tua,Baha, Syed Mud ,Ipin dan yg lainnya menolong saya ketika saya masih terkial2 di Besout lebih 20 tahun dahulu. Tuan jugalah salah seorang sahabat yg bertanggung jawab sehingga saya dapat berdiri mnjadi seorang pndidik pada hari ini.T kasih segalanya. Semoga dilimpahkan rahmat dan senang berkhidmat d tmpat sendiri....

    ReplyDelete