Followers

Saturday, January 15, 2011

GUA TEMPURUNG .... Siaran Tertunda ..

Dalam perjalanan ke Cameron Highland, kami sempat singgah di salah satu tempat tumpuan pelancong yang terletak di antara Kampar dan Gopeng iaitu Gua Tempurung.

Terdapat 4 trek disediakan untuk pelancong dengan bayaran yang berbeza iaitu 2 trek kering, trek kering dan basah dan trek xtrem. Kami memilih untuk mengikut trek kering ke-2 iaitu sehingga ke Wind Tunnel.

Sebelum ini saya sudah pernah membawa murid-murid saya melalui trek kering dan basah. Trek ini agak mencabar kerana terpaksa turun melongsor, berenang , menyelam dan mengharungi air walaupun hanya separas lutut.

Perjalanan dilakukan secara berkumpulan dengan beberapa orang "guide" yang ditugaskan mengiringi setiap kumpulan. Sepanjang perjalanan, kita akan ditunjukkan pelbagai bentuk yang terdapat pada dinding, lantai dan syiling gua.










No comments:

Post a Comment