Followers
Sunday, June 20, 2010
TUGAS HUJUNG MINGGU
Sesi persekolahan akan bermula esok. Kepada sesiapa yang mempunyai anak bersekolah di asrama, hari Ahad merupakan hari yang agak sibuk merana menghantar anak-anak balik ke asrama masing-masing. Jika lokasi asrama dengan rumah tidak jauh, ia bukanlah suatu masalah yang besar tetapi jika jauh mungkin sehari suntuk diperlukan untuk menghantar anak-anak ke asrama.
Itulah situasi yang saya hadapi........ yang sulung (Muhammad Shahir) belajar di SM. Teknik Grik, manakala yang no dua (Muhammad Hasif) di SMKA, Bota. Walau bagaimanapun alhamdulillah pasal yang sulung tu pihak sekolah telah menyediakan bas dari Medan Kid Ipoh ke Grik. Jadi tak perlulah hantar sampai ke sana. Bas bertolak dari Ipoh jam 2.30 petang. Turun dari rumah jam 12.00 tengah hari. Sembahyang Zohor di Plaza Tol Ipoh Selatan. Sampai di Medan Kit jam 2.20 petang. Bas dah sedia menunggu. Turunkan Abang Long terus ke arah Bota pulak.
Sampai di SMKA. Bota jam 4.20 petang dan bertolak balik setengah jam kemudian. Sampai di rumah jam 6.30 petang. Biasanya kalau berhenti makan dan sembahyang Maghrib sampai di rumah kira-kira jam 9.00 malam.
Tugas hari ni dah selesai...... dua minggu lagi (Hari Jumaat) kena jemput dan hari Ahad kena hantar....... itulah antara rutin yang dilakukan...... Apa-apa pun itulah antara tugas seorang bapa @ ayah @ abuya @ walid @ appa @ father @ abah @ dll...... kepada semua....SELAMAT HARI BAPA (Hari ni laaa...)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment