Followers

Monday, June 7, 2010

SUKRAN JAZILAN............


Saya bagi pihak Tn. Hj.Mat Noor dan Pn.Hajjah Jameah serta seluruh ahli keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ; Semua ahli Blok 5, Peringkat 1, semua ahli Blok 12, Peringkat 1, semua ahli blok 9, Peringkat 2, sanak saudara, rakan taulan serta semua jemputan yang hadir demi menjayakan dan memeriahkan Majlis Walimatul Urus yang telah diadakan.

Semoga majlis yang telah diadakan mendapat keberkatan daripada Allah sbwt. Begitu juga segala budi baik, pertolongan serta apa sahaja sumbangan yang telah tuan puan berikan hanya Allah yang layak memberikan balasan dan ganjaran.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati...

Begitu juga kami memohon jutaan kemaafan seandai terdapat salah silap serta apa-apa kekurangan daripada pihak kami kerana "Lautan mana tak bergelora, bumi mana yang tak ditimpa hujan." Dari itu...

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Akhirnya semoga semangat "Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing" dapat diteruskan demi perpaduan yang akrab ibarat "Aur dengan tebing" yang saling memerlukan antara satu sama lain......

Kepada kedua-dua mempelai yang mula melayari hidup berumahtangga ....... kami sentiasa mendoakan agar hidup berbahagia dalam keberkatan hingga ke akhir hayat ....... Aminnnn..

No comments:

Post a Comment