Followers

Saturday, December 11, 2010

Cuti-Cuti Malaysia .... Tgv Cinemas Kepong, Slgor

Setelah berada di Taiping selama 3 hari, saya sekeluarga pulang ke rumah di TS selama sehari untuk menguruskan pakaian yang perlu dicuci sebelum meneruskan Cuti-Cuti Malaysia kami ke Selangor. Kami menginap di Damansara Damai selama 2 hari. Kami sampai di sini kira-kira jam 3.30 petang tadi. Selepas minum petang, saya yang ditemani isteri dan adik bergegas ke Jaya Jusco Kepong yang menempatkan TGV Cinemas untuk membuat tempahan tiket tayangan filem "Narnia - The Voyage Of The Dawn Treader".

Pada mulanya anak perempuan saya beriya-iya ingin menonton filem kegemarannya iaitu "Rapunzel" yang pasti akan ditentang oleh abang-abangnya. Akhirnya kami bersetuju untuk menonton filem "Narnia" yang ditayangkan secara 3D.

Tayangan bermula jam 8.50 malam. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit telah lewat hingga 35 minit kerana kesesakan kenderaan.

Setelah menonton filem ini, saya memberikan 5 bintang kerana ceritanya memang menarik dan sesuai untuk tontonan keluarga.

Esok ....... kami merancang akan melawat sekitar Shah Alam.




4 comments:

  1. Tempat saya menonton wayang bersama encik suami di sini.

    Mestilah ditentang oleh abg-abg. hihihi.. budak lelaki takkan nak tengok Rapunzel

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi dtg menonton di tgv kepong!

    ReplyDelete