Followers

Monday, December 13, 2010

Cuti-Cuti Malaysia .... i City , Shah Alam

Hari ini merupakan hari ke-2 di Damansara Damai. Esok kami akan balik ke TS. Jadi malam ni kami mengambil kesempatan berkunjung ke I-City di Shah Alam. Kami dimaklumkan biasanya sebelum ni setiap kereta yang masuk dikenakan RM2 tetapi malam ni RM10. Tak apalah bukan selalu pun .....

Suasana di sini memang menarik kerana belum ada Taman LED seperti ini di Malaysia.

Sesiapa yang belum pernah datang ke sini, cuba-cubalah ........ pasti menarik dan pastikan anda datang pada waktu malam kerana suasana pada waktu siang biasa sahaja ......... suasana akan menjadi meriah sebaik sahaja malam melabuhkan tirainya ........












Kami pulang ke tempat penginapan di Damansara Damai pada jam 11.00 malam dan sampai 45 minit kemudian......

Esok lepas sarapan.... kami akan pulang ke TS. Cuti sekolah masih berbaki ..... Insyaallah kami akan merancang untuk pergi bercuti ke tempat yang lain pula .......

Cuti-Cuti Malaysia .... Bowling di Selayang Mall

Hari ke-2 berada di Damansara Damai. Pada sebelah pagi, kami telah berkunjung ke Jaya Jusco Kepong untuk membeli beberapa barang keperluan.

Selepas makan tengah hari kami dengan menaiki 3 buah kereta telah pergi ke Selayang Mall untuk menguji kemahiran bermain Bowling. Kami menggunakan 3 lane dengan pertandingan 3 kategori iaitu Senior (group aku la tu), Junior dan perempuan.

Kami berada di sini hingga jam 5.30 petang. Kami perlu pulang awal kerana pada malam ini ada lagi aktiviti yang seterusnya di Shah Alam.


















Ini adalah keputusan Group Junior.
Bolehlah ... jika banyak latihan tentu pencapaian setiap peserta akan dapat ditingkatkan.

Saturday, December 11, 2010

Cuti-Cuti Malaysia .... Tgv Cinemas Kepong, Slgor

Setelah berada di Taiping selama 3 hari, saya sekeluarga pulang ke rumah di TS selama sehari untuk menguruskan pakaian yang perlu dicuci sebelum meneruskan Cuti-Cuti Malaysia kami ke Selangor. Kami menginap di Damansara Damai selama 2 hari. Kami sampai di sini kira-kira jam 3.30 petang tadi. Selepas minum petang, saya yang ditemani isteri dan adik bergegas ke Jaya Jusco Kepong yang menempatkan TGV Cinemas untuk membuat tempahan tiket tayangan filem "Narnia - The Voyage Of The Dawn Treader".

Pada mulanya anak perempuan saya beriya-iya ingin menonton filem kegemarannya iaitu "Rapunzel" yang pasti akan ditentang oleh abang-abangnya. Akhirnya kami bersetuju untuk menonton filem "Narnia" yang ditayangkan secara 3D.

Tayangan bermula jam 8.50 malam. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit telah lewat hingga 35 minit kerana kesesakan kenderaan.

Setelah menonton filem ini, saya memberikan 5 bintang kerana ceritanya memang menarik dan sesuai untuk tontonan keluarga.

Esok ....... kami merancang akan melawat sekitar Shah Alam.




Friday, December 10, 2010

Cuti-Cuti Malaysia ...... Hentian Rehat Sungai Perak

Dalam perjalanan pulang dari Taiping, kami sempat singgah di R&R Sungai Perak. Apa yang menarik, di sini terdapat Menara Tinjau yang cantik. Saya bersama-sama anak-anak naik hingga ke puncak menara untuk meninjau persekitaran R&R tersebut.






Cuti-Cuti Malaysia ....... Zoo Taiping

Zoo Taiping sangat berbeza daripada Zoo Negara atau Zoo Melaka. Ini adalah kerana sebahagian besar haiwan-haiwan yang ada di sini adalah "lepas bebas" dan bukan dalam kurungan. Untuk keselamatan pengunjung, haiwan akan dipisahkan dengan binaan longkang atau kolam yang dalam dan luas selain binaan tembok yang tinggi.




Cuti-Cuti Malaysia ..... Taman Tasik Taiping


Bersempena cuti sekolah, sempat juga membawa anak-anak bersiar-siar di Taman Tasik Taiping. Pelbagai kemudahan rekreasi terdapat di sini .... jom jalan-jalan.......




Wednesday, December 8, 2010

RUANG DAPUR

MAAFKAN AKU DAN TERIMA KASIH

Setelah agak lama saya menyepi tanpa sebarang N3 baru, saya bersyukur kerana paparan blog ini masih utuh setelah serangan M'ware yang teruk. 27 N3 terpaksa saya singkirkan daripada paparan blog ini kerana dijangkiti virus berkenaan. Saya juga berterima kasih kepada teman-teman bloggers yang masih setia mengunjungi saya di sini walaupun sudah lama saya tidak ber "blogwalking".
Selain itu semua "link" rakan-rakan bloggers dan beberapa "gedget"terpaksa juga saya singkirkan buat sementara waktu untuk memastikan keadaan pulih seperti sediakala.
Kepada rakan-rakan bloggers yang juga telah menyingkirkan "link" saya daripada blog mereka atau keluar daripada menjadi "follower" ... saya memahami situasi itu bagi memastikan gangguan virus ini tidak merebak.
Segala kesulitan yang rakan-rakan hadapi ... saya memohon ribuan kemaafan.

Syukur ........Kini Aku Bebas

N3 ini hanyalah pelengkap kepada N3 aku yang sebelum ini di bawah label "Rumahku Syurgaku".