Bangsaku… Vol 1.
(Mencari Kekuatan)
Bangsaku ….MELAYU
Kerap kali
Aku mencari di mana kekuatan bangsaku
Di tanah tumpah darah ini
Setiap langkah
Kulihat
Bangsaku ada di mana-mana
Di pasar malam
Melayu … padat melata
Di pasar raya…..Pun sama
Di pantai peranginan
Port Dickson, Teluk Batik bahkan Pulau Redang sekalipun
Bangsakulah yang utama
Hidupnya TESCO, GIANT bahkan SOGO
Melayulah penyumbangnya
Tanpa orang Melayu
Aku pasti pekan Sungkai
Sudah lama menjadi pekan “hantu”
Jadi
Apakah maksud semua itu?
Sebenarnya
Itulah kekuatan Melayu
Kuasa “beli”nya amat tinggi
Sayangnya
Ramai orang Melayu
Memandang remeh akan kekuatan itu
Mereka tidak berkira
Dengan siapa mereka berurusan
Menghulur hak kita sesukanya
Tanpa bertanya
Apakah yang menerima itu
Bangsaku ………
Dengan senyum kita terus berlalu …
(Mencari Kekuatan)
Bangsaku ….MELAYU
Kerap kali
Aku mencari di mana kekuatan bangsaku
Di tanah tumpah darah ini
Setiap langkah
Kulihat
Bangsaku ada di mana-mana
Di pasar malam
Melayu … padat melata
Di pasar raya…..Pun sama
Di pantai peranginan
Port Dickson, Teluk Batik bahkan Pulau Redang sekalipun
Bangsakulah yang utama
Hidupnya TESCO, GIANT bahkan SOGO
Melayulah penyumbangnya
Tanpa orang Melayu
Aku pasti pekan Sungkai
Sudah lama menjadi pekan “hantu”
Jadi
Apakah maksud semua itu?
Sebenarnya
Itulah kekuatan Melayu
Kuasa “beli”nya amat tinggi
Sayangnya
Ramai orang Melayu
Memandang remeh akan kekuatan itu
Mereka tidak berkira
Dengan siapa mereka berurusan
Menghulur hak kita sesukanya
Tanpa bertanya
Apakah yang menerima itu
Bangsaku ………
Dengan senyum kita terus berlalu …
Bangsaku … Vol.2
(Mencari Keredoan)
Bangsaku …… MELAYU
Antara
Kita…….. Cina dan India
Ramai yang akan berkata …..
“Sama sahaja”
“Bukankah kita….. 1 Malaysia?”
Ingatlah wahai bangsaku
Hakikatnya kita dan mereka
Amat jauh berbeza
Hanya dengan dua kalimah
“Lailahaillahllah Muhammadurrasulullah”
Menjadi garis pemisah
Antara
Syurga dan neraka
Alangkah indahnya
Apa yang kita hulur
Yang menerima
Peniaga yang berpegang
Pada kalimah yang sama
Jika untung diraih
Buat keperluan anak isteri serta keluarganya
Alangkah berkatnya kita
Tambahan lagi
Zakat diberi bagi membersih harta dan untung yang ada
Betapa berkatnya kita
Apatah lagi
Haji ditunai atas untung yang diterima
Bayangkan…..
Keberkatan yang berlipat ganda
Hanya …….
Pada ketika itu
Wajarlah kita tersenyum puas
Kerana “kekuatan” bangsaku
Menjadikan kita
Lebih perkasa …………..
Sekian.
(Mencari Keredoan)
Bangsaku …… MELAYU
Antara
Kita…….. Cina dan India
Ramai yang akan berkata …..
“Sama sahaja”
“Bukankah kita….. 1 Malaysia?”
Ingatlah wahai bangsaku
Hakikatnya kita dan mereka
Amat jauh berbeza
Hanya dengan dua kalimah
“Lailahaillahllah Muhammadurrasulullah”
Menjadi garis pemisah
Antara
Syurga dan neraka
Alangkah indahnya
Apa yang kita hulur
Yang menerima
Peniaga yang berpegang
Pada kalimah yang sama
Jika untung diraih
Buat keperluan anak isteri serta keluarganya
Alangkah berkatnya kita
Tambahan lagi
Zakat diberi bagi membersih harta dan untung yang ada
Betapa berkatnya kita
Apatah lagi
Haji ditunai atas untung yang diterima
Bayangkan…..
Keberkatan yang berlipat ganda
Hanya …….
Pada ketika itu
Wajarlah kita tersenyum puas
Kerana “kekuatan” bangsaku
Menjadikan kita
Lebih perkasa …………..
Sekian.
RafiMN..
No comments:
Post a Comment