Followers

Saturday, February 2, 2013

"MY BEAUTIFUL MALAYSIA DAY" GOTONG-ROYONG 1MALAYSIA ..


Program "My Beatiful Malaysia Day" atau Gotong-Royong 1 Malaysia telah dilancar oleh Perdana Menteri pada 3 Februari 2013. Pada hari yang sama ,sambutan di peringkat Mukim Sungkai telah diadakan di Felda Trolak Selatan.  Gotong-royong pada kali disertai oleh kira-kira 1,000 orang yang mula berkumpul di perkarangan Padang Awam Felda Trolak Selatan seawal 7.30 pagi lagi. Wakil peserta dari Felda Trolak dan Felda Gugusan Besout juga turut serta menjayakan program yang julung-julung kali diadakan secara besar-besaran yang dimeriahkan lagi dengan program "Kenduri Sekampung".

Program "My Beatiful Malaysia Day" atau Gotong-Royong 1 Malaysia peringkat Mukim Sungkai ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Felda Wilayah Trolak iaitu Encik Mokhtar. Turut hadir pada program ini ialah Tn. Hj. Habib b. Sairi (Pengrus FTS) ,Pengurus-Pengurus Felda Kawasan Trolak, En. Ahmad Zulhairi (Penghulu Mukim Sungkai), En. Sulong (Pegawai Khas YB. Datuk Khusairi) serta En. Abdul Razak (Ketua Kampung FTS).

Melalui program ini adalah diharapkan budaya gotong-royong ini akan berterusan sebagai jambatan perpaduan penyatuan masyarakat disamping memastikan persekitaran yang indah dan ceria serta bebas daripada wabak penyakit.




Pak Chat dan En. Sulong Jamil mengiringi Pengarah Felda Wilayah Trolak, En. Mokhtar turun daripada pentas VIP untuk sama-sama menyumbang tenaga dalam program gotong-royong.



Para petugas sibuk menyediakan makanan tengah hari "Kenduri Sekampung".



Para belia dan Generasi Peneroka tidak ketinggalan membantu.





Antara Pasukan RELA yang bertugas.





Minum pagi yang diadakan secara "santai" ..







Pasti ada yang menarik yang katakan oleh En. Sulong Jamil , Pegawai Khas YB. Datuk Khusairi.


Pelajar SMK Trolak yang turut serta .......



Ketua Kampung FTS, En. Abd Razak b. Hj. Baharuddin sedang menikmati nasi lemak sambil diperhatikan oleh Pn. Amiza ...


Datuk Bandar FTS ..... Pak Usup ....Kacau jangan tak kacau ...
Komitmen beliau amat disegani .....


Antara peralatan yang akan digunakan ....




Yang ni kat perkarangan TABIKA KEMAS ...... En. Sulaiman selaku Pengerusi sedang memerhatikan anak buahnya .....
Jumadi ... hang bukak tudung cat tu guna apa ... cangkul ka ...



Yang ni group daripada Felda Gugusan Besout ...........




Pekerja Ladang Indonesia juga turut serta ....... Trima kasih Mas ....


En. Mokhtar selaku Pengarah Felda Wilayah Trolak kelihatan sedang menanam pokok hiasan sambil ditemani olah En. Sulong Jamil ....


Yang ni giliran En. Ahmad Zulhairi (Tok Penghulu Mukim Sungkai) pulak untuk menanam pokok ...


Lepas tanam, tanah kena pijak-pijak sikit ... baru padat tanah tu ....


Dan penat, time berehatla pulak .... tapi kena lah cari tempat yanh boleh posing ...


Antara pegawai daripada Klinik Pergigian Sungkai yang turut hadir .....


Ni group dari Felda GUGUSAN BESOUT ....



Tidak kurang daripada 4 buah bas digunakan untuk kemudahan membawa peserta sekarelawan dari luar FTS ...




Pertunjukan RC Helikopter, Pesawat Cessna dan Jet Pejuang pun ada untuk menghiburkan para peserta yang hadir .....


Setelah penat bergotong-royong ... kini tibalah masa menjamu selera .....
Makan tengah hari "Kenduri Sekampung"...







Sama merah, sama padan ..... orang kuat TABIKA KEMAS FTS.....


Orang kuat di sebalik tabir .....


Pn. Maimunah dan rakan beliau sempat menghiburkan para hadirin dengan dendangan lagu 60-an...

Sambil-sambil tu ..... kita pekena selagu ...... Terima kasih Pn. Maimunah



3 comments:

  1. wahh.. lepas ni makin cantikla kawasan2 tu suma.. tapi nampak makanan je yang banyak drpd keja.. hehe

    ReplyDelete
  2. Cantik lah FTS .

    -Misha

    ReplyDelete
  3. hahahahha ... Betul tu ZWAN SABRI ..... makan 2 kali (pg ngan tgh) keje sekali jer ...

    TQ Misha ....

    ReplyDelete