Cikgu Abu Harith ........ perginya seorang guru dan rakan yang dihormati lagi disegani ...
Al-Fatihah untuk roh beliau .... semoga di tempatkan bersama-sama orang yang soleh..... Aminnn.
Gambar kenangan bersama-sama isteri dan anak-anak ...
Cikgu Abu Harith (duduk 3 dari kiri) bersama-sama saya, TOKAN (Blogger Puaka Joran) serta rakan-rakan semasa zaman kegemilangan SK Sri Besout.
Antara kejayaan beliau sebagai Cikgu yang dimuatkan dalam akhbar .....
Pencarian khabar berita daripada rakan-rakan dan anak didik daripada SK SRI BESOUT setelah berpindah akhirnya terjawab ....
Catatan Cikgu Muzahir (anak didik
Allahyarham) SMK Shaikh Abdul Ghani, Bidor.
Pencarian yang panjang... berakhir dengan berita sedih di SungaiBakap Pulau Pinang pada
hari ini.
Kepada yang mengenali Allahyarham Cikgu ABU HARITH HJ AHMAD, sama-samalah kita hadiahkan al-Fatihah dan berdoa agar Allahyarham tenang di sana bersama orang-orang yang beramal soleh.
Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah tanggal 13/09/2012 ketika berusia 55 tahun akibat paru-paru berair. Allahyarham telah meninggalkan seorang balu yang tidak bekerja bersama 4 org anak berusia 3 hingga 11 tahun.
Kepada yang mengenali Allahyarham Cikgu ABU HARITH HJ AHMAD, sama-samalah kita hadiahkan al-Fatihah dan berdoa agar Allahyarham tenang di sana bersama orang-orang yang beramal soleh.
Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah tanggal 13/09/2012 ketika berusia 55 tahun akibat paru-paru berair. Allahyarham telah meninggalkan seorang balu yang tidak bekerja bersama 4 org anak berusia 3 hingga 11 tahun.
Kepada rakan-rakan dan bekas anak didik yang ingin menziarahi
anak-anak Allahyarham di Kupang Kedah atau ingin memberikan sumbangan boleh
berhubung dengan saudara Muzahir link http://www.facebook.com/mutzers terlebih
dahulu untuk tindakan selanjutnya. Terimakasih. Al Fatihah.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
SEMOGA
ROH ALLAHYARHAM DICUCURI RAHMAT.
Nota: Allahyarham juga pernah
menjadi calon pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap pada tahun 1997. Dalam pilihan
raya tersebut Calon BN, Lai Chew Hock, 32, seorang ahli perniagaan mendapat
5,010 undi untuk mengalahkan calon DAP, Goh Kheng Huat, 34, yang memperolehi
3,570 undi dan dua calon bebas.
Calon bebas, Abu Harith Ahmad mendapat 1,758 undi, manakala K Ganesh yang mengumumkan menarik diri daripada pertandingan tersebut memperolehi 26 undi dan kehilangan deposit. Jumlah undi rosak ialah 230 undi.
Pada akhir hayat, Allahyarham bergiat aktif dalam
kemasyarakatan dan pernah menjadi Ketua Penaja menubuhkan cawangaan PAS di
kawasan beliau.
Sumber : http://puakajoran.blogspot.com
Catatan di fb .....
Ahmad Rafie Mat Noor Allahyarham
bukan sahaja guru kepada murid-muridnya tetapi juga Sifu kepada rakan-rakan
........ terlalu banyak yang dapat saya pelajari daripada beliau ...... Semoga
roh beliau di tempatkan bersama-sama orang yang soleh ..... Amin..
Mutzers Muza perasaan sy tersentuh dan hiba semasa sy
menziarahi mereka dan bersama anak2 Allahyarham... walaupun mereka kelihatan
ceria tp x siapa tahu bagaimana hati mereka. lg pula mereka masih kecil dan
mungkin sukar untuk mengerti tentang kepayahan ibu mereka setelah
kehilangan tempat bergantung. alangkah baiknya jika bekas anak2 murid dan
rakan2 dapat membantu yg termampu bg meringankan beban yg ditanggung keluarga
ini... semoga dipermudahkan olehNya... amin.
Mutzers Muza yg paling kecil br masuk 4 tahun...
sepanjang sy di sana kebanyakan masa dia berada di ribaan sy smpai gambar ini
dirakamkan... gambar ini dirakam sebelum sy pulang... sedih masa nk tinggalkan
diorang.
Bersama anak2 Allahyarham
Cikgu Abu Harith Hj Ahmad dirumah mereka No. 567 Jalan Gadek, Kupang, Kedah.
Rabu13/02/2013.
Aliaa Natasya - Darjah 5
Azarul Asyraf - Darjah 4
Ameer Asyraf - Darjah 1
Aliaa Qistina - 4 Tahun
** Hiba dan pilu melihat keadaan mereka setelah kehilangan tempat bergantung.
*** Semoga mereka tabah meneruskan kehidupan dan menjadi anak2 yg berguna kpd keluarga, agama, bangsa dan negara.
Aliaa Natasya - Darjah 5
Azarul Asyraf - Darjah 4
Ameer Asyraf - Darjah 1
Aliaa Qistina - 4 Tahun
** Hiba dan pilu melihat keadaan mereka setelah kehilangan tempat bergantung.
*** Semoga mereka tabah meneruskan kehidupan dan menjadi anak2 yg berguna kpd keluarga, agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment