Followers

Monday, January 14, 2013

Isu Kalimah ALLAH ....... Syabas "Majlis Syura" walaupun tidak senada dengan Presiden


Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat yang beragama Islam (kecuali Anugay dan konco-konconya) akan berasa amat lega dengan keputusan Majlis Syura yang tidak menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam mahupun digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.

Walaupun keputusan yang diambil tidak senada dengan pendirian Presiden PAS sebelum ini, namun buat seketika Majlis Syura dilihat berpendirian tegas walaupun tidak sealiran dengan kehendak sekutu mereka daripada PKR dan DAP. Keputusan ini juga dilihat memberikan tamparan yang hebat buat kumpulan "parasit" dalam PAS sendiri.

Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura .....

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

........ ALHAMDULILLAH .....

No comments:

Post a Comment