Followers

Monday, January 23, 2012

BENARKAH BENCANA BESAR AKAN BERLAKU PADA 2012 ....



SAHABAT SEKALIAN.. BACALAH!!! SEBARKANLAH PADA SEMUA UMAT MUHAMMAD AKHIR ZAMAN INI.. CARILAH KEBENARAN MENGENAI HAL INI.. RUJUKLAH PADA ULAMA'2.. TANYALAH PADA GURU2 MURSYID.. SESUNGGUHNYA KITA HAMBA YANG LEMAH DAN JAHIL...

PESAN BAGINDA S.A.W..SAMPAIKAN PESANAN KU WALAU SATU AYAT.

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini.

Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj.

( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.

Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian.

Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

MOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN HAMBANYA YANG BERINGAT.. AMINN!!

Oleh : Ma,ar Rahman



P/S : Sama-samalah kita berdoa agar bencana seperti ini tidak berlaku pada zaman kita, namun Hari Qiamat itu pasti akan berlaku dan hanya Allah yang mengetahui bila kejadiannya.
Meramal bila berlakunya Qiamat juga dikhuatiri boleh menjejaskan aqidah umat Islam. Wallahuaklam ...


Lihat juga yang ini :KLIK SINI dan YANG TERKINI DI SINI

10 comments:

  1. sekadar perkongsian - http://aki2004.wordpress.com/2011/12/30/ramalan-tarikh-kiamat-jejas-aqidah/ -

    http://www.muslimconsumer.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=441:ramalan-tarikh-kiamat-jejas-akidah&catid=70:sudut-agama&Itemid=299

    http://blognyafitri.wordpress.com/2012/01/02/ramalan-tarikh-kiamat-jejas-oleh-jihad-annisa/

    ReplyDelete
  2. Mati itu pasti. Bykkn berdoa n selalu insafi diri.

    ReplyDelete
  3. hari kiamat adalah rahsia Allah S.W.T.. tidak terkandung dlm hadith mahupun mana sirah2 nabi yang bg tau bila tarikh kiamat.. dan Allah S.W.T pun x pnah ckp kt nabi or mana2 rasull.. so x yah la kita pecaya hat roang putih kata.. depa ni ni kalau di belah penang pgil Qupla Jingga = ikut suka hati. so kita sbgai manusia yg beragama islam.. abaikan ja agp kebetulan ja klau betul pun.. sbb depa bukan tuhan kan..

    ReplyDelete
  4. nampaknya bukan tahun ini.... mungkin benar ianya hadis palsu..wallahualam

    ReplyDelete
  5. Bumi bergelap memang sya percaya. Mak aku cerita tok wan aku masa kecil dulu dah laluinya. Masa tu bumi bergelap lebih kurang 15 minit. Itu seratus thn dulu tapi 2012 aku tak tahu la. Berbyklah berdoa dan beribadat.

    ReplyDelete
  6. Rahsia Kiamat hanya Allah S.W.T yang tahu... kita tidak layak meramalkannya...

    ReplyDelete
  7. Sedangkan Malaikat Israfil yang bertugas meniup sangkakala juga tidak mengetahui bilakah tarikh sebenar hari kiamat.

    ReplyDelete
  8. Bile mase artikel ni cerita psl tarikh hari kiamat? Kan die cerita psl tnda besar sebelum hari kiamat.kn petanda2 tu semua mmg ada hadisnya.

    ReplyDelete
  9. Banyakknlh amlan kalian

    ReplyDelete