Followers

Saturday, October 22, 2011

YAHUDI BERTEPUK TANGAN LAGI ........



Maaf ....Aku bukanlah orang politik .... jauh sekali dapat melontarkan pandangan kritis perihal politik .....

Namun kebelakangan ini, (pada pandangan aku) umat Islam telah dihina dan dimalukan oleh umat Islam sendiri. Wajarkah jenazah seorang bekas pemimpin sebuah negara Islam dihina sedemikian rupa. Selain Ghaddaffi, Saddam Hussain juga menerima nasib yang sama.

Mungkin semasa pemerintahan mereka, pelbagai kesalahan telah mereka lakukan namun sebagai bekas pemerintah yang beragama Islam, perlakuan keji yang dilakukan ke atas jenazah perlu dielakkan. Janganlah kekejaman dibalas dengan kekejaman sehingga jenazah mereka dibiarkan buat tontonan orang ramai. Bagaimana pula dengan jenazah Osama bin Ladin yang dibuang ke laut.

Ingatlah bahawa seburuk-buruk atau sejahat-jahat orang Islam adalah lebih baik di sisi Allah jika masih terdapat IMAN di hati mereka berbanding orang kafir yang baik ketika di dunia tetapi tidak bagi Allah di Akhirat.

Apa yang jelas ... YAHUDI hanya melihat sambil bertepuk tangan .... fikir-fikirkan.

1 comment:

  1. sangat2 sedih...pengakhiran kehidupan seorang pemimpin y beragama islam... al-fatihah..

    ReplyDelete