Followers

Saturday, October 8, 2011

KES NAYA ......... SIAPA HARUS DIPERTANGGUNGJAWABKAN ....



"Kemalangan" ..... suatu istilah yang lumrah bagi kita. Hari-hari berlaku kemalangan terutama kemalangan di jalan raya. Kita tidak berasa apa-apa jika kemalangan yang berlaku tiada kena-mengena dengan kita.

Saya pernah mengalami kemalangan kecil beberapa kali. Saya akur kerana dalam situasi yang sibuk pelbagai perkara boleh berlaku. Namun kejadian semalam, Sabtu 8 Okt. 2011 kira-kira pukul 5.00 petang berhampiran Kilang Kelapa Sawit (F) Trolak membuatkan saya berfikir "Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan atas kemalangan yang saya alami".

Kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian, hujan mulai turun. Apabila melalui kilang, dua buah kereta di hadapan saya yang jaraknya kira-kira 30 meter daripada kereta saya membrek. Saya juga membrek secara perlahan kerana pada ketika itu kelajuan kereta yang saya pandu kurang daripada 40km/j. Malangnya kereta saya seolah-olah hanyut dan terus terbabas ke tepi dalam sekelip mata.

Beberapa orang pengguna jalan raya berhenti melihat dan bertanyakan keadaan saya. Syukur alhamdulillah saya tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Saya dimaklumkan oleh beberapa orang yang berhenti di tempat kejadian bahawa di situ memang sering berlaku kemalangan dan yang terbaharu ialah sebuah lori terbabas lalu melanggar tiang telefon dan bekas kejadian itu masih jelas kelihatan di sebelah kanan saya.

Saya juga dimaklumkan bahawa lapisan jalan di situ amat licin kerana terdapat lapisan minyak. Saya memeriksa jalan dan "SAH" sebahagian jalan tidak lagi kelihatan turapan batu tetapi diliputi lapisan minyak yang berwarna hitam. Dikatakan keadaan jalan ini berminyak kerana aktiviti kenderaan yang keluar masuk kilang sawit berkenaan.

Banyak pihak yang saya temui berpendapat bahawa pihak pengurusan kilang telah gagal mengambil sebarang tindakan bagi mengatasi masalah ini walaupun perkara ini adalah dalam pengetahuan mereka.

Saya berasa bahawa saya telah "TERANIAYA" dengan keadaan ini. Dengan memandu kurang daripada 40 km/j kereta saya terbabas ke dalam longkang kerana jalan licin disebabkan lapisan minyak yang tebal hasil kurangnya keperihatinan pihak pengurusan kilang yang tidak melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini.

Walau bagaimanapun saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang perihatin kerana sudi membantu saya yang juga sebahagiannya merupakan pekerja kilang itu sendiri dengan membawa Bulldozer untuk menarik keluar kereta saya.

Akhirnya saya berpendapat, kemalangan ini dapat dihindari jika pihak yang berkenaan mengambil sikap perihatin demi menjaga keselamatan semua pengguna yang melalui jalan tersebut.












11 comments:

  1. kereta siapa ni? jalan licin agaknya...

    ReplyDelete
  2. Dtg lagi baca sambungan pulak... Kesiannya cikgu ya... Syukurlah selamat...

    ReplyDelete
  3. husband saya jg pernah lost control kat situ ... nasib baik takde apa2...

    ReplyDelete
  4. Mujur tuan tak apa2,

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kepada semua. Alhamdulillah semua selamat.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. kete ada sparepart... yang penting tuan badan

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, Allah masih memberi keselamatan kepada anda

    ReplyDelete
  8. lor kesiannya..kena saman kilang sawit ni

    ReplyDelete