Followers

Saturday, September 24, 2011

Perjumpaan Hari Raya SK Seri Besout Batch 1987 .... Cemara Lounge.






Terima kasih Saudara Zulfakri Sulaiman dan rakan-rakan kerana berjaya mengadakan perjumpaan Sambutan Hari Raya untuk pelajar SK. seri Besout Batch 1987 (Darjah 6) di Cemara Lounge, TRAP Sg. Klah.

Antara yang hadir ialah Zulfakri, Zulfakar, Yusri, Suhaili, Arman, Hairi, Mahathir, Ku Zainora, Yatie, Hamidah, Ashraf,Zaki, Sharin(3 bekas pelajar yg datang terkemudian bersama-sama keluarga masing-masing ...... terlupa nama), Cikgu Halil Mat Lodin, Cikgu Ahmad Awang Long, Cikgu Tajudin Jailani, Cikgu Razif, Cikgu Azizah Kamat dan saya.

Walaupun berjumpaan seperti ini diadakan julung-julung kalinya setelah 24 tahun namun suasana sangat meriah. Semua yang hadir berharap agar perjumpaan yang serupa dapat lagi diadakan pada tahun-tahun yang akan datang dengan penyertaan yang lebih ramai.

Majlis diadakan dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

Terima kasih daun keladi ....

6 comments:

  1. wuyooo.. jumpa kawan2 darjah 6 slepas 20tahun lebih x jumpa. mesti ada yg kite dah lupe muke kan. best best...

    ReplyDelete
  2. kalau saya saya akan fikir 100x nak pergu reunion atau tak...dulu2 kawan2 semua haus2...sekarang dah kembang2...malu yg amat nak berjumpa...adeii...

    ReplyDelete
  3. cik sakdi : memang banyak yg dah tak berapa nak kenal. Yg dulu olahragawan , kini ... macam tak caya pulak ..

    simanis : tak mengapa ... masing-masing rambut dah berbunga ...

    Budak Nakal : memang meriah ... tak sangka ada sambutan .. ada yg datang dari Johor dan Perlis ...

    khairul : tak sangka dah berumur, ramai yg boleh nyanyi ... saya tak berani cuba, nanti hujan. Rosak program anak-anak mandi kolam ..hihi

    ReplyDelete